BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Tuesday, October 19, 2010

SEJARAH BAHASA MELAYU

PENGANTAR FONETIK

DAN

FONOLOGI

1.0 BORANG DEKLARASI

HALAMAN PENGAKUAN

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Nama : MUHAMMAD FAKHRUDDIN BIN BAKRI

Tarikh : 1 SEPTEMBER 2010

Tandatangan :

PENGHARGAAN

Dalam kesempatan ini, saya Muhammad Fakhruddin Bin Bakri ingin memanjatkan rasa besyukur Alhamdulillah kepada hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya, saya berjaya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu ini dengan jayanya. Maha Besar Allah yang telah memberi kekuatan kepada saya dan menghilangkan banyak kesulitan dalam menyiapkan segala tugasan yang diberikan.

Di sini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Azhar Bin Ali dan Encik Rosli Bin Saidin kerana dengan dorongan dan tunjuk ajar beliau serta panduan mereka, segala urusan kerja kursus ini dapat dilakukan dengan mudah dan lancar. Beliau merupakan pensyarah pembimbing untuk subjek Pengajian Melayu dua untuk opsyen kami di semester pertama ini.

Selain itu juga, saya ingin mengucapkan rasa jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya terutamanya kepada teman sebilik saya, Muhamad Ridhwan Bin Hashim yang tidak putus-putus memberikan dorongan dan berkongsi pendapat dan maklumat bagi menjayakan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa di rumah yang kerap kali memberi semangat walaupun dari jauh sehinggalah saya dapat menyiapkan kerja kursus ini. Alhamdulillah.

Tambahan lagi, saya ingin mengucapakan terima kasih kepada individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pelajar-pelajar senior yg telah membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Segala dorongan dan bantuan mereka semua amatlah saya hargai.

Akhir kata, saya berharap agar kerja kursus ini menjadi manfaat, panduan dan rujukan yang bermakna kepada umat manusia terutamanya kepada seluruh warga Institut Perguruan Tuanku Bainun.

PENGENALAN

Tanpa kita sedari bahawa pembelajaran utama dan pertama yang diperolehi oleh manusia adalah bahasa. Bahasa dalam hal ini tidak hanya memiliki pengertian
sebagai serangkaian huruf dan kata, akan tetapi meliputi seluruh persamaan
komunikasi verbal mahupun non-verbal. Hal ini secara alamiah dunia kebahasaan
telah terintegrasi dalam diri setiap manusia.

Dalam folio ini kita akan mengkaji dan membincangkan tentang kajian ini iaitu sejarah bahasa Melayu dan pengantar fonetik dan fonologi. Kedua-dua tajuk utama akan dihuraikan secara lebih terperinci dan mendalam.

Kajian tentang sejarah bahasa Melayu adalah merangkumi konsep Bahasa Melayu, ciri-ciri bahasa Melayu, fungsi Bahasa Melayu dan Asal usul Bahasa Melayu.

Selain itu, kita akan dapat mengkaji maksud istilah-istilah seperti fonetik dan fonologi. Kita dapat memahami perbezaan fonetik dan fonologi untuk mempertingkatkan lagi pemahaman kita dalam Bahasa Malayu. Di samping itu terdapat juga maklumat yang penting yang kita perli ketahui dalam folio ini yang berkaitan dengan alat-alat artikulasi dan sebagainya.

OBJEKTIF

Matlamat ataupun objektif kajian ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan yang baru berkenaan dengan kajian bahasa Melayu dimana pernah menjadi salah satu bahasa perantaraan pada suatu ketika dahulu. Kajian yang akan dijalankan adalah berkaitan dengan sejarah bahasa Melayu, fonologi dan fonetik.

Tambahan lagi kajian ini bertujuan menghuraikan asal usul bahasa Melayu dan perkembangan bahasa Melayu, iaitu yang bermula daripada bahasa Melayu kuno hingga bahasa Melayu moden.

Di Samping itu, folio ini juga memberi tumpuan pada lapan ciri bahasa Melayu dan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dan bahasa perpaduan.

Sehubungan itu, kajian ini juga dapat meningkatkan pemahaman pelajar tentang fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Kajian ini menerangkan bidang-bidang fonetik, organ pertuturan manusia, fonem vokal, fonem konsonan, konsonan pinjaman serta prosodi dan suprasegmental. Dalam kajian ini penjelasan tentang bunyi bahasa terdiri daripada bunyi vokal, konsonan, dan diftong telah disertakan.

Objektif utama kajian ini adalah meningkatkan pemahaman pelajar dalam konsep dan ciri-ciri bahasa melayu. Di samping itu, kajian ini mampu meningkatkan pengetahuan pelajar dalam memahami pengertian ciri-ciri dan fungsi bahasa Melayu.

SEJARAH BAHASA MELAYU

01. KONSEP BAHASA MELAYU

Bahasa talah didefinisikan dalam pelbagai cara mengikut sifat-sifat semula jadi bahasa, peranan dan fungsinya. Namun demikian, kebanyakan ahli bahasa dan linguistik telah memberikan konsep yang hampir sama. Bahasa diertikan sebagai satu sistem bunyi yang terdiri daripada lambang-lambang yang diujarkan itu mempunyai makna-makna tertentu berdasarkan lingkungan masyarakat yang menuturkannya. Dalam setiap kegiatan manusia bahasa memainkan peranan dan fungsi untuk memenuhi pelbagai tujuan dan matlamat tertentu. Antara fungsi bahasa yang amat ketara adalah sebagai alat komunikasi.

Bloch dan Trager (1942), mendefinisikan bahasa sebagai sistem lambing-lambang vokal yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi. Proses komunikasi bahasa berlaku apabila adanya penutur dan pendengar. Menurut Chomsky (1957), setiap penutur dan pendengar mempunyai dua perkara penting iaitu kecekapan dan pengucapan bahasa.

Dari segi pragmatic, ahli-ahli linguistik bahasa bahasa merupakan satu sistem yang menghubungkan maksud kepada bunyi. Dengan andaian bahawa penyampai menyampaikan beberapa bunyi yang difahami oleh penerima.

Bahasa juga merupakan satu sistem ujaran dan tulisan konvensional. Bahasa dapat menggambarkan dan memberi kesan terhadap cara berfikir serta perubahan dan perkembangan budaya. Sesuatu bahasa itu akan menjadi semakin berbeza jika pertuturannya terasing daripada penutur bahasa lain.

Terdapat konsep bahasa yang dipetik daripada beberapa naskah kamus seperti yang berikut;

Seterusnya, konsep bahasa yang diberikan oleh beberapa orang ahli bahasa dan ahli linguistik yang terkemuka;

a. Edward Sapir (1921) – Bahasa selalu digunakan oleh manusia dan merupakan kaedah yang digunakan untuk menyampaikan idea, perasaan dan keinginan melalui bunyi-bunti bahasa yang dituturkan.

b. G. Trager (1949) – Bahasa ialah satu sistem lambang vokal yang arbitrari dan bermakna yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berhubung sebagai satu cara mereka bersosialisasi.

c. Noam Chomsky (1957) – Bahasa ialah set ayat, sama ada terbatas atau tidak dan setiap ayat yang terbatas panjangnya dibina oleh satu set elemen yang terbatas juga.

d. R.A. Hall (1964) – Bahasa merupakan institusi yang membolehkan manusia berkomunikasi dan berhubung antara satu sama lain yang mengandungi makna dan menggunakan lambang-lambang arbitrari lisan.

e. Micheal Halliday (1973) – Bahasa ialah satu urutan kemungkinan dan pilihan tingkah laku yang bersesuaian dengan individu sebagai manusia yang bersosialis.


02. CIRI-CIRI BAHASA MELAYU


CIRI-CIRI BAHASA MELAYU

BAHASA BERSIFAT DINAMIK

BAHASA BERSIFAT ARBITRARI

BAHASA BERSIFAT BERVARIASI

BAHASA BERSIFAT UNIK

BAHASA SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI

BAHASA BERSIFAT SEJAGAT

BAHASA SEBAGAI SIMBOL

BAHASA SEBAGAI SATU SISTEM

Pada zahirnya, bahasa-bahasa di dunia kelihatan berbeza antara satu sama lain, terutamanya dari segi bunyi dan bentuk. Namun demikian, pada hakikatnya bahasa-bahasa ini memiliki sifat dan ciri sepunya yang dikongsi bersama. Misalnya, semua bahasa mempunyai cara untuk menyampaikan perasaan, menanyakan soalan, mengemukakan permintaan, memberikan perintah dan membuat kenyataan. Malah, apa-apa sahaja yang dapat dilahirkan dalam satu-satu bahasa itu dapat juga dilahirkan dalam bahasa yang lain. Oleh sebab, sesuatu bahasa itu boleh berkembang dan berubah, maka kerap terdapat istilai-istilah baru dalam sesuatu bahasa berbanding dengan bahasa lain.

Secara umumnya, bahasa mempunyai ciri-ciri yang universal. Andaian ini dibuat berdasarkan manusia mempunyai otak yang sama bentuk dan fungsi bagi menghasilkan bahasa. Semua manusia hidup dalam satu dunia dan pengalaman yang dialami diterjemahkan daripada satu budaya kepada budaya yang lain dan daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain. Semua bahasa mempunyai konsonan dan vokal dan digabungkan untuk menghasilkan bunti yang bermakna. Set-set konsonan dan vokal ini bercantum dan menghasilkan ayat yang berbeza.


1. Bahasa Sebagai Satu Sistem

Bahasa sebagai satu sistem bermaksud bahasa mempunyai cara atau kaedah untuk diujarkan atau ditulis. Sistem pula bersifat berperaturan. Tiap-tiap bahasa mempunyai susunan tertentu. Dalam bahasa, terdapat unit dan unsur yang dicantumkan menjadi satu centuman yang sempurna strukturnya. Namun demikian, tidak semua percantuman unit dan unsure dapat dilakukan dan member makna, melainkan mematuhi cara dan peraturan yang terdapat dalam sistem bahasa itu.

Bahasa sebagai satu sistem juga bermaksud bentuk perkataan dan kedudukan perkataan dengan perkataan yang lain dalam ayat adalah secara teratur. Bentuk dan kedudukan p[erkataan dalam ayat dapat memberikan makna kepada sesuatu bahasa. Semua bahasa mempunyai sistem, bunyi dan lambang. Setiap bahasa mempunyai beberapa bentuk pola yang berbeza. Misalnya bahasa Melayu, walaupun tidak dapat dijelaskan secara terperinci, secara tidak lansung kita tahu tentang struktur bahasa itu. Malah, jika ada perkataan yang janggal yang dituturkan oleh penutur lain, kita dapat mengesan dengan cepat. Hal ini bermakna bahasa itu bersistem apabila bertutur, secara automatik kita mematuhi sistem tersebut dan menyusun struktur yang betul dalam bahasa yang kita gunakan.


2. Bahasa Sebagai Satu Simbol

Pada zaman awal, manusia menggunakan gambar dan objek tertentu sebagai simbol untuk menerangkan sesuatu. Kemudian manusia menggunakan kombinasi bunyi sebagai symbol. Bunyi secara sistematik disusun secara berterusan untuk menghasilkan perkataan yang seterusnya digunakan sebagai simbol untuk semua perkara yang dilakukan dan difikirkan oleh manusia. Cotohnya, simbol # mempunyai berbagai-bagai nama yang mengelirukan. Lazimnya, simbol

Ini disebut sebagai hash. Di Amerika Syarikat, kadangkala simbol ini disebut sebagai pound sign dan digunakan sebagai simbol ukuran berat dalam paun (sekarang kilogram). Walaubagaimanapun, ini mengelirukan penutur British kerana simbol pound, iaitu mata wang British ialah . Dalam muzik pula, sudah tentu tanda # disebut sharp. Pada hari ini, simbol ini terdapat hamper semua jenis telefon dan kadangkala disebut sebagai square. Walau apa pun nama yang diberikan kepada simbol ini, tentunya mempunyai makna dan fungsi tertentu menurut persetujuan bersama pengguna bahasa tersebut.

Bahasa juga boleh dikatakan sebagai ‘simbol’ isyarat bersuara yang disampaikan oleh penutur kepada pendebgar dalam proses interaksi. Simbol digunakan untuk merujuk kepada perkataan-perkataan atau ungkapan-ungkapan yang membentuk simbol tersebut. Dalam proses komunikasi, tergambar hasrat penutur untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau perkara kepada pendengar. Dalam hal ini, semua isyarat dihantar melalui saluran komunikasi yang tentu.

Bahasa Melayu dikatakan sebagai ‘simbol perpaduan’. Frasa ini bermaksud bahwa bahasa Melayu dipilih sebagai mewakili semua kelompok penutur bahasa yang terdapat di negara ini. Oleh sebab terdapat berbagai-bagai bahasa yang dituturkan di Negara ini, maka satu bahasa yang dapat difahami oleh semua pihak peril ditentukan. Justeru, bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa yang dapat menyatukan semua kaum dan bangsa di Malaysia.


3. Bahasa Sebagai Alat Komunikasi

Keperluan bahasa sebagai alat komunikasi melebihi keperluannya sebagai ekspresi diri. Melalui komunikasi manusia dapat menyampaikan semua yang mereka rasi, difikirkan dan diketahui oleh mereka kepada orang lain. Komunikasi merupakan salah satui bentuik tingkah laku sosial dan dan untuk memenuhi keperluan tersebut mereka yang berkomunikasi perlu menguasai beberapa perkara seperti bagaimana hendak menarik perhatian pendengar, memulakan dan mengakhiri pembicaraan, mencelah perbualan, mendapat penjelasan lanjut, memperbetulkan kesilapan dan memnpengaruhi orang lain.

Bahasa sebagai satu alat komunikasi boleh berlaku dalam dua cara, iaitu secara lisan atau tulisan. Komunikasi lisan bermaksud penutur mengujarkan bunyi-bunyi yang difahami oleh pendengar. Komunikasi tulisan pula bermaksud penulis mencatat sesuatu menggunakan tanda dan dapat difahami oleh pembaca.

Pengguna bahasa sebagai alat komunikasi perlu menitikberatkan ciri-ciri konteks komunikasi yang terdiri daripada penutur, pendengar, topik pembicaraan, latar belakang dan tujuan komunikasi.

a. Penutur

Penutur perlu diketahui terlebih dahulu untuk membolehkan mesej penutur dapat difahami dengan tepat oleh pendengar. Contohnya, ujaran “ Ada kes baru hari ini “ sukar difahami jika pendengar kurang jelas dengan identiti penutur. Ujaran ini boleh membawa makna bergantung kepada siapa penuturnya. Misalnya, jika penutur adalah seorang doktor, maka ujaran tersebut membawa makna kes yang meruruk kepada pesakit. Begitu juga seandainya ujaran ini dituturkan oleh identiti yang berbeza, ujaran ini akan membawa makna yang berbeza.

b. Pendengar

Kepentingan mengenalpasti identiti pendengar sama penting dengan mengenal pasti iderntiti penutur. Pendengar yang berbeza seperti rakan sebaya, suami isteri, orang tua serta yang berbeza status atau mempunyai gelaran akan membuat hujaran yang sama ditafsirkan berbeza.

c. Latar belakang komunikasi/perbualan

Latar belakang perbualan termasuklah masa, tempat, situasi dan hubungan antara penutur dan pendengar.pengetahuan latar belakang membulehkan makna ujaran dapan difahami dengan lebih tepat.

d. Topik perbicaraan

Topik yang dikomunikasikan adalah penting kerana dengan mengetahui topik yang dibicarakan mudahlah kita memahami ujaran yang dilafazkan oleh penutur. Sekiranya topik hanya diketahui oleh penutur, tetapi tidak diketahui oleh pendengar akan menyebabkan tiada tindak balas dan respon pendengar menjadi tidak tepat.

e. Tujuan komunikasi

Tujuan komunikasi bergantung kepada suasana formal atau tidak formal. Tujuan komunikasi bukan sahaja mengandungi gambaran keseluruhan tengtang sesuatu peristiwa komunikasi, malah secara tidak lansung memberi konteks komunikasi itu sendiri. Ada kalanya pendengar tidak mengetahui tujuan pertuturan itu dilafazkan, tetapi melalui nada suara, mimik muka dan gerak badan dapat membantu pendengar memahami maksud sebenar komunikasi tersebut.

Komunikasi dua hala yang melibatkan penutur dan pendengar memerlukan kedua-dua pihak mempunyai kemahiran berbahasa. Penutur harus boleh bercakap dengan jelas. Pendengar pula seharusnya boleh mendiskriminasikan bunyi-bunyi ujaran dan seterusnya bertindak balas terhadap apa yang didengarinya itu.

Bahasa yang digunakan sebagai alat komunikasi manusia melibatkan dua perkara, jarak tempat dan jarak masa. Jarak tempat boleh menyebabkan penutur dan pendengar tidak berhadapan antara satu sama lain. Walau bagaumanapun, melalui teknologi yang canggih yang ada pada hari ini komunikasi masih boleh berlaku. Dari segi masa pula, apabila seseorang mahu merakam sesuatu untuk pengetahuan generasi yang terkemudian daripadanya, maka dia merakam segala pertuturannya pada pita rakam dan menulis segala penemuannya pada kertas atau buku. Dengan cara ini, dia masih dapat menyatakan fikiran, kehendak dan pendapat kepada orang lain walaupun jarak kehidupan antara mereka memakan masa berpuluh-puluh tahun.


4. Bahasa Bersifat Arbitrari

Bahasa bersifat arbitrari bermaksud tidak semestinya terdapat hubungan antara bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan dengan benda-benda yang dimaksudkan. Oleh sebab sifat arbitrari inilah maka kita dapati bahasa-bahasa di dunia mempunyai perkataan yang berlainan bagi merujuk kepada benda yang sama. Manusia yang berbeza budaya menggunakan bunyi bahasa yang berbeza-beza untuk sesuatu simbol yang sama.

Makna bahasa juga bersifat arbitrari. Contohnya, apabila kita mendengar bunyi ring...ring..., kita dengan sendirinya tahu bahawa bunyi itu ada kaitan dengan loceng. Kita juga tahu bahawa seseorang telah membunyikan loceng tersebut dengan tujuan tertentu. Hal ini bermaksud bunyi itu mempunyai makna yang tertentu oleh pengguna bahasa itu sendiri.

Semua simbol bahasa mempunyai bentuk yang dapat dilihat, sebaliknya bahasa sukar dikenal pasti hanya dengan melihat simbol tersebut. Contohnya, berbalik kepada bunyi loceng, kita tahu bunyi tersebut bunyi loceng, tetapi kita tidak tahu tujuan loceng dibunyikan; adakah sebagai tanda kecemasan,waktu rehat telah tiba, tetamu datang ke rumah atau minta diberi laluan. Hal ini menunjukkan bahawa makna juga bersifat arbitrari.


5. Bahasa Bersifat Unik

Setiap bahasa mempunyai bentuk dan struktur tertentu seperti binaan ayat, susunan huruf yang membentuk perkataan dan golongan kata seperti kata nama dan kata kerja. Contohnya, dalam bahasa Melayu, jatuh dan terjatuh mempunyai bentuk dan makna yang berbeza.

Bahasa bersifat unik boleh juga dikaitkan dengan cara kita memperoleh bahasa itu sendiri. Bahasa merupakan sesuatu yang perlu kita pelajari secara tidak lansung daripada ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat di sekeliling kita.

Kita boleh membuat analogi melalui pertandingan bahasa yang digunakan manusia dengan haiwan untuk menjelaskan ciri-ciri unik bahasa;

I. Lisan dengaran

Bahasa manusia merupakan satu sistem untuk berhubung. Sebaliknya, haiwan hanya beberapa bunyi yang hampir seragam untuk menyampaikan mesej yang terhad jumlahnya.

II. Penyebaran dan saluran

Manusia menghasilkan bahasa melalui pertuturan oleh pendengar dan seterusnya maklumat itu dapat disebarkan. Haiwan tidak berupaya menggunakan sistem tersebut kerana haiwan tidak menyebar maklumat.

III. Pendengaran yang berterusan

Manusia mempunyai keupayaan mendengar secara berterusan tanpa halangan. Manakala haiwan pula mengeluarkan bunyi secara berterusan dan tidak semestinya haiwan lain memberi respon.

IV. Peranan silih berganti

Semua manusia mampu menutur dan memahami apa yang ditutur dan apa yang di dengar oleh mereka. Manakala haiwan pula tidak mempunyai peranan dan ‘bahasa’ yang digunakannya tidak sama antara spesies jantan dan betina. Contohnya, ayam jantan berkokok, manakala ayam betina berketak.

V. Maklumat balik

Manusia boleh menganalisis apa-apa yang didengar dan dibaca. Manakala haiwan pula tidak dapat. Contohnya, seekor beruk yang tersepit hanya akan menjerit menunjukkan kesakitan, tetapi belum tentu lagi difahami oleh rakannya.

VI. Pengkhususan

Bunyi-bunyi bahasa manusia dituturkan untuk sesuatu tujuan. Hal ini berbeza dengan haiwan yang hanya mempunyai satu tujuan, iaitu keperluan biologi sahaja.

VII. Semantik

Makna yang terkandung dalam didtem bunyi yang dihasilkan oleh manusia mengikut konteks dan situasi yang sebenar, tidak seperti bunyi yang dihasilkan oleh haiwan.

VIII. Arbitrari

Ujaran manusia merupakan hubungan antara tanda dengan benda bersifat arbitrari. Manakala haiwan pula tidak bersifat arbitrari kerana hanya mngeluarkan bunyi yang seragam sahaja.

IX. Kreatif

Bahasa yang digunakan oleh manusia mempunyai keupayaan untuk menyatakan pekbagai perkara, idea dan konsep yang abstrak manakala haiwan tidak kerana mempunyai sistem bunyi yang terhad dan bentuknya tidak berubah.

X. Penyampaian

Manusia boleh menggunakan bahasa sebagai satu sistem perhubungan bagi menyampaikan maklumat dan perlakuan, tidak seperti haiwan.

XI. Produktiviti

Nahasa manusia terdiri daripada bunyi-bunyi yang banayak dan manusia boleh menghasilan ujaran yang tidak terhad jumlahnya, berbeza dengan haiwan.

XII. Pembelajaran

Jika manusia berpisah daripada masyarakat dan hidup berseorang, manusia tidak dapat berbahasa. Sebaliknya, haiwan tetap dapat berkomunikasi seandainya berpisah. Misalnya, anak harimau yang terasing masih dapat mengaum.


6. Bahasa Bersifat Sejagat

Setiap bahasa itu mempunyai sifat sejagat atau universal, iaitu ahasa itu boleh dituturkan oleh sesiapa sahaja di dunia ini. Bahasa sejagat bukan bermaksud hanya terdapat satu bentuk bahasa yang dituturkan semua orang. Hal ini kerana bahasda alamiah berpotensi untuk berbeza dan beraneka. Namun demikian, terdapat keuniversalan sifat bahasa yang terdapat di dunia ini. Contohnya;

i. Bunyi bahasa

Bunyi bahasa merupakan perkara yang paling asas. Bunyi bahasa dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia. Sumua bunyi bahasa, sama ada daripada bahasa kita atau bahasa lain yang tidak kita fahami dihasilkan alat-alat yang sama, iaitu terdiri daripada rongga mulur, hidung paru-paru, lidah, lelangit, dan alat-alat artikulasi yang lain. Bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan satu demi satu, iaitu melalui pergerakan alat sebutan. Pada mulanya, manusia belajar untuk menggabungkan bunyi bahasa menjadi perkataan untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Bunyi-bunyi bahsa disusun atur secara sistematik untuk menghasilkan mesej. Manusia mampu menghasilkan pelbagai bentuk bunyi bahasa yang tidak terhad banyaknya. Namun demikian, bunyi-bunyi bahasa ini berbeza antara satu bahasa dengan bahasa yang lain.

ii. Makna

Setiap bahasa yang dituturkan di dunia ini difahami oleh penutur dan pendengar kerana untuk memudakan menyampaikan sesuatu atau mesej. Secara umumnya, bunyi bahasa dan gabungan perkataan dalam ayat dapat menghasilkan makna. Ayat-ayat pula bermaksud leksikal dan struktural yang dapat difahami berdasarkan konteks. Berdasarkan konteks, makna ayat akan menjadi lebih jelas. Asas makna ini menyebabkan manusia mampu berkomunikasi antara satu sama lain. Ada perkataan yang membawa makna konkrit dan ada juga perkataan yang membawa makna abstrak.


7. Bahasa Bersifat Dinamis

Bahsa bersifat dinamis bermaksud sesuatu bahasa iti berpotensi untuk berkembang, membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan. Sifat bahasa ini akan terus berlaku selagi penuturnya bergaul dan berinteraksi dengan manusia lain. Pertembungan kebudayaan dan manusia dengan manusia yang lain menyebabkan pertambahan dan pengayaan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu. Namun demikian, struktur dan tatabahasa sesuatu bahjasa itu lazimnya tidak akan berubah.


8. Bahasa Besifat Bervariasi

Bahasa bersifat bervariasi barmaksud terdapat kepelbagaian bagi satu-satu bahasa itu. Kepelbagaian ini melibatkan cara dan gaya mengajarnya, istilah-istilah khusus yang dugunakan dan struktur sintaksis bagu sesuatu variasi bahasa tersebut. Bervariasi ini juga bermaksud sesuatu bahasa yang mempunyai pelbagai dialek.

Pandangan ahli-ahli bahasa tentang cirri-ciri bahasa;

Anderson (1972)

I. Bahasa merupakan satu sistem.

II. Bahasa terdiri daripada vokal dan bunyi-bunyi ujaran.

III. Bahasa terdiri daripada lambing-lambang arbitrari.

IV. Bahasa terbina daripada kebiasaan.

V. Bahasa berhubung erat dengan budaya tempat dan bahasa itu dituturkan.

VI. Bahasa sentiasa berubah-ubah.

VII. Bahasa mempunyai sifat-sifat khas dan unik.

Brown (1980)

i. Bahasa merupakan satu sistem yang sistematik.

ii. Bahasa merupakan sekumpulan lambing-lambang yang sewenang-wenangnya.

iii. Lambing bahasa boleh bersifat bunyi, visual atau grafik.

iv. Lambang bahasa mengandungi makna kebiasaan.

v. Bahas bersifat kemanusiaan, iaitu bahasa digunakan oleh manusia.

vi. Bahasa bersifat universal, iaitu dimiliki oleh semua orang atau bangsa serta diperoleh dengan cara yang hampir sama.

Charles F. Hockett (1960)

i. Saluran lisan pendengaran

Bahasa manusia terhasil daripada bunyi-bunyi bahasa secara berurutan dan berbeza dengan saluran komunikasi yang lain.

ii. Sitem penghantaran

Isyarat boleh didengar oleh setiap orang dan sumber datangnya bunyi isyarat itu boleh dikenal pasti melalui keupayaan sistem pendengaran.

iii. Cepat lenyap

Isyarat pendengaran adalah mudah lenyap, iaitu boleh lenyap beberapa saat sebaik sahaja selepas didengar.

iv. Mudah ubah

Pendengar dalam masa yang sama boleh menjadi penutur dan sebaliknya.

v. Maklum balas total

Penutur boleh mendengar bunyi bahasa yang dihasilkannya sendiri. Dalam masa yang sama dia juga boleh bertindak balas, mengubah suai dan memerbaik ujarannya.

vi. Pengkhususan

Gelimbang bunyi-bunyi ujaran tidak mempunyai tujuan yang lain, melainkan membawa isyarat makna.

vii. Bermakna

Elemen-elemen ujaran yang membawa makna berdasarkan hubungan antara rujukan dengan situasi social, kebudayaan dan dunia fizikal yang dikongsi bersama oleh anggota masyarakat.

viii. Arbitrari

Tiada hubungan tetap antara tanda dengan benda yang dirujuk. Makna sebagai tanda-tanda linguistik merupakan perkara yang berkaitan pesetujuan sosial masyarakat pengguna sesuatu bahasa.

ix. Terpisah-pisah

Semua ujaran boleh diasing-asingkan kepada elemen-elemen ujaran yang lebih kecil dan terpisah-pisah antara satu sama lain.

x. Pemindahan

Kita boleh bercakap tantang sesuatu benda atau perkara dalam satu masa dan pada masa yang sama boleh dipindahkan kepada pendengar walaupun terdapat kekangan jarak antara penutur dengan pendengar.

xi. Produktiviti

Bahasa tidak terhad untuk diujarkan dan difahami maknanya menggunakan unsur-unsur yang sedia ada sahaja.

xii. Pemerolehan

Bahasa diperoleh melalui proses pembelajaran dan diajar.

xiii. Fakta dan imaginasi

Isyarat bahasa boleh berubah menjadi tidak benar atau tidak semestinya bersifat fakta. Justeru ini membolehkan kita membuat andaian, berimaginasi

xiv. Boleh dipelajari

Penutur sesuatu bahasa boleh mempelajari bahasa yang lain tanpa halangan walaupun bahasa itu bukan bahasa ibundanya.

xv. Reflektif

Bahsa boleh dikaji dan di analisis.


03. FUNGSI BAHASA MELAYU

Laporan Jawatan Kuasa Pengguna Bahasa Malaysia (1982) mengatakan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa ibunda kepada orang-orang Melayu dan juga merangkumi bahasa bumiputera seperti bahasa yang terdapat di Sabah dan Sarawak.

Bahasa melayu yang diujarkan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia mempunyai peranan dan fungsi yang pelbagai. Secara umumnya, terdapat dua peranan penting bahasa Melayu, iaitu sebagai bahasa yang mampu mendukung perkembangan ilmu dan pemikiran bangsa Malaysia serta alat perpaduan rakyat Malaysia.

Bahasa Melayu mempunyai dua bentuk, iaitu formal dan todak formal.

Bahasa Melayu formal ialah Bahasa Melayu standard yang dituturkan secara sistematik mengikut peraturan tatabahasa yang telah ditetapkan. Manakala bahasa Melayu tidak formal pula sebaliknya.

1. Bahasa rasmi

Bahasa rasmi merupakan bahasa yang diberi status sedemikian secara sah oleh sesebuah Negara, negeri atau wilayah. Bahsa rasmi merupakan bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi.

Dalam konteks Malaysia, bahasa rasmi bererti perlaksanaan Bahasa Melayu wahana pembinaan Negara dalam semua urusan. Bahasa rasmi merupakan bahasa yang dipilih untuk urusan seharian Negara dan fungsinya pula dapat memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan seperti;

I. Bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu menjalankan tugas-tugas negara.

II. Media dalam segala urusan surat-menyurat di dalam dan antara jabatan.

III. Penulisan dokumen dan rekod kerajaan.

IV. Media untuk menulis semula undang-undang.

V. Penulisan semua jenis boring urusan rasmi kerajaan.

Selepas mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu mengantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi di Malaysia. Bahasa Melayu yekah digunakan sepenuhnya dalam urusan pentadbiran dan sebaghai bahasa perbahasan di dewan parlimen. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahsa rasmi semakin kukuh setelah Seksyen 8, Akta Bahasa Kebangsaan dipinda pada jun 1991.

Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu ditetapkan menjadi wahana komunikasi dalam bidang pentadbiran. Perkara 152 Perlembagaan persekutuan menyatakan bahawa bahsa rasmi digunakan untuk semua urusan rasmi.

Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Malaysia melalui penggubahan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 yang mula berkuat kuasa pada April 1963. Pada tahun 1967 Akta Bahasa Kebagsaan diluluskan dan mula berkuat kuasa pada 1 September 1967 di Semenanjung Malaysia. Akta ini kemudian disemak dan akhirnya disatukan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan dikenali sebagai Akta Bahasa kebangsaan 1967.

Persamaan yang jelas antara kedua-dua akta ini adalah tentang bahasa Melayu yang dipilih sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan bagi kegunaan masyarakat. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 memperuntukan bahawa selepas 1 September 1967, bahasa Melayu hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi kecuali dalam beberapa kes tertentu.

Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tyelah termaktub dalam;

I. Perlembagaan Persekutuan, perkara 152 Fasal 1 (a) dan Fasal 3.

II. Akta Bahasa Kebagsaan 1963/1967 Seksyen 2 dan Seksyen 6.

2. Bahasa kebangsaan

Bahasa kebagsaan ialah bahasa yang dapat memperlihatkan identiti nasional dan lambang bagi sesuatu bangsa atau negara. Bahasa kebagsaan berkait rapat dengan sejarah bagssa dan negara. Namun ddemikian terdapat beberapa negara yang mempunyai lebih daripada satu bahasa kebangsaan seperti Kanada yang mengiktiraf bahasa Perancis dan bahasa Inggeris sebagai bersama-sama.

Fungsi utama bahasa kebangsaan secara khususnya aldalah untuk menyerlahkan lambang inspirasi dan semangat kebangsaan dan kemerdekaan. Pengisian bahasa kebangsaan juga dapat bertindak sebagai alat perhubungan dan seterusnya menghasilkan satu kumpulan besar masyarakat yang mempunyai pandangan hidup yang hampir sama. Usaha mengharmonikan rakyat Malaysia melalui penggunaan satu bahasa yang sama ini dicadangkan berdasarkan sistem pendidikan kebangsaan yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1955 yang kemudiannya dikenali dengan nama Penyata Razak (1956).

Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan. Dengan adanya satu bahasa yang diterima oleh rakyat, Negara tersebut akan dikenali, malah ada kalanya kekuatan dan kemasyuran sesebuah negara terletak pada keistimewaan dan penggunaan bahasa kebangsaannya. Dalam hal ini, Duli Yang Maha Mulai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam titah baginda semasa merasmikan pembukaan Maktab Perguruan Bahasa di Kuala Lumpur pada 4 jun 1959, telah menegaskan bahawa bahasa kebangsaan di negara ini mempunyaion satu matlamat yang murni, iaitu untuk menyatupadukan rakyat yang pelbagai bangsa dan kaum. Jawatankuasa yang merangka Perlembagaan Persekutuan yang diketuai oleh Lord Reid sedar pentingnya bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia. Justeru, perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Negara ini. Perenggan tersebut berbunyi;

I. Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh parlimen.

II. Walau apa pun peruntukan Fasal (1) selama tempoh 10 tahun, selepas hari merdeka dan selepas daripada itu dan selainnya diperuntukkan oleh parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan dalam kedua-dua majlis parlimen, dalam Dewan Negeri dan segala maksud rasmi yang l;ain.

III. Walau apa pun peruntukan Fasal (1) selama tempoh 10 tahun, selepas hari merdeka dan selepas daripada itu sehingga lainnya diperuntukkan oleh parlimen, naskah yang sahih;

a. Bagi segala rang undang-undang yang hendak dikemukakan pindaan-pindaan mengenai yang hendak dicadangkan dalam mana-mana majlis parlimen.

DAN

b. Bagi segala akta parlimen dan segala perundangan kecil yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan hendaklah dalam bahasa Inggeris.

Akta Perlembagaan 1971 (pindaan) telah memperuntukan bahawa status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh dipersoalkan. Sesiapa yang mempersoalkan hal ini dituduh melakukan kesalahan dibawah Akta Hasutan 1984. Perkara 152 tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Walau bagaimanapun, bahasa Inggeris boleh digunakan bagi maksud rasmi seperti;

a. Perutusan dengan negara-negara luar atau badan-badan antarabangsa.

b. Latihan yang dijalankan oleh pakar luar negara.

c. Bagi Jabatan Hasil Dalam Negeri, kerja yang berkaitan dengan pentaksiran, komputer, perakaunan, pungutan dan penyiasatan.

d. Nasihat atau pendapat undang-undang yang berhubung ddengan mana-mana undang-undang yang naskah sahihnya dalam bahasa Inggeris.

Untuk memenuhi hasrat ini, pada peringkat awal bahasa kebangsaan telah diperkenalkan sebagai salah satu mata pelajaran di sekolah. Kemudian, apabila kedudukan bahasa Melayu sudah mantap dan menjadi keperluan untuk memperkukuhkan perpaduan rakyat serta memupuk keperibadian masyarakat, istilah ‘Bahasa Malaysia juga digunakan. Selepas kemerdekaan, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan tetapi penggunaannya tidak meluas, maka setalah peristiwa 13 Mei, istilah bahasa Melayu ditukarkan kepada bahasa Malaysia yang diertikan kepunyaan rakyat Malaysia.

Terdapat prbezaan antara bahasa kebangsaan dengan bahasa rasmi. Ada behasa rasmi yang diiktiraf melalui perundangan dan menjadi bahasa yang lebih dominan. Hal ini bermakna bahasa kebangsaan negara itu hanya tinggal sebagai lambang sahaja.

Terdapat juga keadaan bahasa kebangsaan bagi sesebuah negara bukan bahasa rasmi negara itu. Bagi negara yang mempunyai pelbagai bahasa seperti, ada behasa yang tidak mendapat pebgiktirafan kerajaan, manakala yang lain pula mendapat pengiktirafan yang tinggi sebagai bahasa rasmi.

3. Bahasa ilmu

Bahasa mempu menjadi pengantara untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu telah diperkenalkan seiring dengan penekan terhadap budaya ilmu. Bahasa Melayu juga seharusnya boleh berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa yang luas untuk membincangkan ilmu baru.

Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu perlu mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan satu konsepdan pemikiran yang komplek dan abstrak. Bahasa Melayu seharusnya mempunyai dua cirri-ciri iaitu keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa.

Keintelektualan bahasa ini dapat dicapai, terutama melalui perbendaharaan kata dan sistem tatabahasa. Bahasa Melayu pada hari ini dapat diperkatakan bidang daripada apa yang mampu dilakukan oleh bahasa Melayu pada suatu masa dahulu. Oleh itu, sifat perbendaharaan kata bahasa Melayu banyak berubah.

Sistem tatabahasa pula merujuk kepada segala aspek tatabahasa sama ada ayat, frasa, klausa, ejaan, sebutan dan seumpamanya. Dari segi penggunaan ayat misalnya, ayat tersebut perlu betul strukturnya agar maksud yang hendak disampaikan difahami. Penekana juga harus diberikan kepada aspek imbuhan dan ejaan kerana kesilapan dalam penggunaannya boleh mengubah maksud sebenar sesuatu ayat yang dihasilkan. Bagi menangani perkara ini, terutama dari segi sebutan, perancangan dan perlaksanaan bahasa baku perlu dijalankan. Hal ini bertujuan untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yabg bertaraf tinggi.

4. Bahasa pengantar

Semasa pemerintahan British, penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan amat terhad. Bahasa Melayu hanya digunakan hingga darjah 4, di Maktab Perguruan Sultan Idris dan Maktab Perguruan Perempuan Melaka. Kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara mulai meningkat apabila Penyata Razak (1956) dilaksanakan. Penyata Razak juga merupakan asas kepada pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan.

Tegasnya, Penyata Razak yang dijadikan Dasar Pembelajaran Kebangsaan itu adalah untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu melalui sistem persekolahan dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Penyata ini kemudian disemak oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Abdul Rahman Talib yang menjadi menteri pelajran pada ketika itu.

Untuk menjadikan bakasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara ini, peralihan daripada bhasa pengantar bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu untuk berbagai-bagai mata pelajaran dimulakan pada tahun 1968. Mata pelajaran yang mula-mula mengalami pertukaran ialah mata pelajaran yang dianggap penting iaitu matematik dan sains, kemudian diikuti oleh sejarah dan geografi. Hal ini bermakna bahasa Melayu telah diberikan status sebagai bahasa pengantar di peringkatsekolah menengah buat pertama kalinya melalui Dasar Pelajaran Kebangsaan.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan sepenuhnya di sekolah-sekolah mulai tahun 1983 talah menitikberatkan penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira menggunakan bahasa Melayu, di samping memberikan pendidikan untuk membina sasiah diri serta memupuk kemahiran berfikir. Kurikulum ini juga bertujuan untuk melahirkan pelajar yang aktif, berketerapilan, berbahasa, bersedia untuk menimba ilmu pengetahuan dan mempunyai akhlak tinggi.

Asimilasasi ilmu ini diteruskan lagi dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1988 melalui pembelajaran pelbagai disiplin ilmu dengan bahasa pengataranya ialah bahasa Melayu. Matlamat dan objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM lebih menitikberatkan penguasaan bahasa Melayu yang lebih bermutu. Tumpuan dan penekanan adalah untuk membimbing pelajar kea rah pemupukan semangat kewarganegaraan dan mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang universal.

Peringkat Sekolah Rendah

Laporan Rahman Talib 1960 mempersetujui beberapa syor dalam Penyata Razak untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib di sekolah.

Pada dasarnya bentuk persekolahan mengikut penyata ini seperti cadangan Penyata Razak. Kelainannya cuma terletak pada cadangan tentang pengajaran bahasa kebangsaan. Mengikut penyata ini, adalah wajar bahasa kebangsaan diajar di sekolah Cina, Tamil, dan Inggeris bermula daripada darjah satu. Sebaliknya, bahasa Inggeris hendaklah diajar daripada darjah satu bagi murid aliran bahasa Melayu dan daripada darjah tiga bagi murid sekolah aliran Cina dan Tamil.

Sekolah yang dahulunya diberi nama Sekolah Umum ditukar kepada Sekolah Kebangsaan. Sekolah Jenis Umum diberi nama Sekolah Jenis Kebangsaan. Mengikut akta tersebut Sekolah Rendah Kebangsaan ialah sekolah yang mendapat penuh bantuan kerajaan. Di sekolah jenis ini, bahasa pengantar ialah bahasa Melayu. Penyata Rahman Talib juga mencadangkan supaya semua Sekolah Jenis Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Tujuan ini untuk meninggikan taraf bahasa Melayu.

Hal ini menunjukkan bahawa Penyata Rahman Talib berhasrat untuk mengubah corak pendidikan di sekolah rendah. Semua jenis aliran sekolah rendah akan menggunakan sukatan pelajaran baru memalui bahasa pengantar bahasa Melayu. Sungguhpun cadangan Jawatankuasa Menyemak Dasar Pelajaran 1960 menyatakan semua sekolah aliran jenis kebangsaan yang berbahasa pengantar bahasa Ingggeris dijadikan sekolah kebangsaan, namun perlaksanaannya bermula hanya ada tahun 1968. Pelaksanaan ini dijalankan secara berperingkat-peringkat. Pada tahun 1968, beberapa mata pelajaran seperti Latihan Jasmani, Seni Lukis dan Pertukangan, Muzik dan Pengajian Tempatan telah diajar dalam bahasa Melayu dari darjah 1 hingga darjah 3 di sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris. Pada tahun 1969, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam Tatarakyat untuk murid-murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris.

Mulai tahun 1957, dua jenis sukatan telah digunakan, iaitu Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk sekolah kebangsaan, menengah kebangsaan dan pelajar Melayu di sekolah manengah jenis kebangsaan. Sukatan Pelajaran Bahasa Kebangasaan adalah untuk sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan yang bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeri, Cina dan Tamil serta sekolah menengah yang bahasa pengantarnya bahasa Inggeris. Satu sukatan pelajaran baharu untuk sekolah jenis kebangsaan Inggeris pada tahun 1970 di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Pada Tahun 1971. Dengan itu, hanya satu sahaja sukatan pelajaran di sekolah rendah.

Peringkat Sekolah Menengah

Mengikut Penyata Razak, pelajaran di peringkat menengah akan mengambil masa lima atau enam tahun. Sistem sekolah menengah dapat dibahagikan kepada tiga jurusan iaitu akademik, vokasional dan teknik. Penyata ini mencadangkan agar bentuk sekolah menengah yang pelbagai alira itu diteruskan, namun dicadangkan supaya bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris wajib dipelajari oleh semua murid.

Dalam usaha untuk menubuhkan sekolah menengah aliran kebangsaan, satu langkah awal telah dijalankan, iaitu penubuhan sekolah menengah yang bahasa pengantarnya ialah bahasa Melayu dengan menggunakan kemudahan-kemudahan di sekolah menengah aliran Inggeris yang sedia ada. Pada awal tahun 1958, 153 buah kelas seperti itu telah ditubuhkan di sekolah-sekolah menengah Inggeris. Pada tahun-tahun berikutnya, beberapa buah sekolah menengah aliran bahasa Melayu telah Berjaya didirikan.

Untuk menjayakan syor-syor terkandung dalam Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961 telah membahagikan sekolah menengah kepada dua jenis iaitu sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah jenis kebangsaan.di sekolah menengah kebangsaan bahasa kebangsaan dijadikan pengantar. Bahasa Inggeris wajib dipelajari.

Sekolah menengah jeis kebangsaan Inggeris turut mengalami perubahan sebagaimana yang berlaku kepada sekolah rendah jenis kebangsaan Inggeris. Bahasa pengantar bahasa Inggeris ditukarkan secara beransur-ansur kepada bahasa Melayu. Pada tahun 1972, lima matapelajaran, iaitu Agama Islam, Pendidikan Jasmani, endidikan Kesihatan, Seni Lukis dan Pertukangan Tangan dan Tatarakyat telah diajar dalam bahasa Melayu. Pada tahun 1976, semua mata pelajaran kecuali bahasa Ingeris telah diajar dalam bahasa Melayu. Kemuncak perubahan ini berlaku pada tahun 1982 apabila Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Inggeris bertukar sepenuhnya menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan.

Peringkat Maktab Perguruan

Penyata Razak merupakan usaha sulung untuk menyelaraskan kursus perguruan yang pelbagai corak bagi ;elbagai jenis sekolah. Cadangan dalam penyata ini bertujuan untuk melahirkan guru yang berkelayakan melalui satu bentuk latihan guru yang sama. Bagi guru yang akan mengajar bahasa, dicadangkan supaya ditubuhkan sebuah maktab khas untuk melatih guru-guru bahasa. Penyata Rahman Talib 1960 mencadangkan supaya latihan perguruan diperlengkapkan lagi. Hal ini bertujuan agar mereka dapat mengajar mata pelajaran menggunakan bahasa Melayu.

Selaras dengan syor-syor yang terdapat dalam kedua-dua penyata ini, sistem latihan perguruan bagi guru-guru yang menggunakan pelbagai bahasa pengantar di pusat-pusat latihan telah diwujudkan. Pada tahun 1957, beberapa buah pusat latihan perguruan telah dibina di beberapa buah bandar besar di Semenanjung Malaysia.

Dalan Penyata Razak, Maktab Perguruan Bahasa Melayu telah mendapat perhatian khusus. Maktab ini ditubuhkan dengan tujuan untuk meninggikan taraf bahasa Melayu. Mengikut Penyata Razak, matlamat penubuhan maktab adalah;

a. Melatih guru-guru yang akan mengajar bahasa kebangsaan.

b. Menjalankan penyiasatan dan penyelidikan tentang bahasa yang digunakan di Semenanjung Malaysia serta menyelidik cara pengajarannya.

Maktab ini juga merupakan mektab yang pertama di negara ini yang melatih guru-guru di sekolah menengah dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Taraf mata pelajaran behasa Melayu lebih tinggi daripada bahasa kebangsaan. Dalam mata pelajaran bahasa Melayu, unsur-unsur kebudayaan dan kesusasteraan bahasa Melayu diajarkan.

Di pusat-pusat perguruan harian, guru-guru pelatih yang mengikuti Kursus A, iaitu mengajar sekolah rendah kebangsaan dimestikan mengambil bahasa Melayu. Satu aspek penting yang terkandung dalam mata pelajaran ini adalah keadah mengajar bahasa Melayu. Bagu uru-guru pelatih Kursus B (kursus yang membolehkan mereka mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris), Kursus C (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) dan Kursus D (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil), mereka pula perlu mengambil bahasa Kebangsaan sebagai bahasa kedua.

Pada tahun 1970, kelulusan dengan kepujian dala Bahasa Melayu 2 peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah dijadikan sebagai salah satu syarat memasuki maktab dan pusat latihan perguruan di negara ini. Pada tahun 1971, gurur-gruru sekolah menengah jenis kebangsaan dilatih menguasai bahasa Melayu. Pada tahun yang sama pensyarah maktab dan pusat latihan perguruan diberi latihan menguasai bahasa Melayu. Pada tahun 1974, rabcangan melatih guru-guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan untuk menguasai bahasa Melayu ditamatkan. Pada tahun 1977, rancangan melatih guru-guru menguasai bahasa Melayu peringkat sekolah menengah ditamatkan.

Peringkat Pengajian Tinggi

Menurut Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (1982:106), di universiti tempatan, bahasa Melayu digunakan dalam aspek pengajaran dan pentadbiran. Universiti Malaya merupakan institusi pengajian tinggi yang pertama menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Namun, peranan bahasa Melayu tersebut hanya tertumpu kepada kursus yang ditawarkan oleh Jabatan Bahasa Melayu sahaja. Hasil daripada perancangan bahasa di institusi pengajian tinggi, yang berikut ialah laporan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa tersebut;

Universiti Malaya ada tiga kategori pengajian bahasa Melayu iaitu;

a. Fakulti Ekonomi, Undang-undang, Pergigian dan Kejuruteraan, bahasa Melayu telah dijadikan syarat wajib lulus untuk penganugerahan ijazah.

b. Fakulti Sains, Sastera dan Sains Sosial, bahasa Melayu merupakan kursus akademik yang wajib untuk semua pelajar.

c. Fekulti Perubatan dan Penyelidikan, bahasa Melayu merupakan kursus akademik yang wajib untuk semua pelajar.

Di Universiti Pertanian Malaysia pula (Universiti Putra Malysia), Bhasa Melayu telah diajar sebagai satu kursus wajib dan dijadikan syarat untuk penganugerahan ijazah dan dilploma. Pada tahun 1982, Fakulti Pengajian Pendidikan telah ditubuhkan dan salah satu kursus yang ditawarkan ialah Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertuturan (PBMP) di peringkat ijazah pertama dan sarjana.

Di Universiti sains Malaysia pula, bahasa Melayu yang diajari meliputi aspek kefasihan dan peristilahan. Kursus yang ditawarkan adalah wajib. Pada tahun 1983, semua kursus sains serta perlaksanaan pengajaran dan peperiksaan menggunakan bahasa Melayu.

Di Universiti Teknologi Malaysia, bahasa Melayu dimasukkan dalam kursus Pendidikan Umum yang diberi nama Kemampuan Bahasa. Pelajar diwajibkan lulus kertas ini.

Penubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 18 Mei 1970 merupakan kemuncak perjuangan menjadikan sistem pelajaran kebangsaan menggunakan bahasa Melayu. Tujuan penubuhan universiti ini antara lain adalah untuk meningkatkan taraf bahasa Melayu.

5. Bahasa Perpaduan

Bahasa Melayu bertindak sebagai alat yang menghubungkan penutur-penutur daripada berbagai-bagai bangsa dan berupaya untuk menyatupadukan bnagsa yang dikenali sebagai bangsa Malaysia.

Bahasa Melayu mempunyai syarat-syarat untuk memenuhi keperluan menjadi bahasa kebangsaan dan menyatupadukan rakyat. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai pola kepelbagaian bahasa berdasarkan rakyatnya yang berbilang kaum dan keturunan.

Pemimpin-pemimpin politik yang berkuasa mampunyai pengaruh yang kuat untuk mencorakkan masa depan bahasa Melayu dan untuk terus memartabatkannya sebagai bahasa untuk perpaduan kaum. Mereka perlu mempunyai political will untuk menentukan bahasa Melayu terus berfungsi dan mampu mencapai keseimbangan yang rasional serta menguntungkan antara unsur-unsur antarabangsa dengan kebangsaan.

Fungsi ini lebih berfokus kepada keperluan individu apabaila dia menggunakan bahasa tersebut;

a. Slobin (1991) – apabila penutur dengan pendengar berinteraksi, penutur ingin melahirkan pendapatnya dengan jelas dan cepat. Pendengar pula mahu mendapat maklumat dengan terang, cekap dan berkesan.

b. Searle (1975) – manusia menggunakan bahasa untuk memberitahu orang lain tentang sesuatu, meminta mereka melakukan sesuatu dan menyatakan perasaan.

c. Robinson dan Rackstraw (1972) – menyampaikan dan menyatakan pengetahuan dan kepercayaan, mengeratkan perhubungan sosial, membuat pertanyaan dan kenyataan, mengawal tingkah laku bukan verbal, menarik dan mengekalkan perhatian, berjenaka, mencipta puisi dan mengajar orang lain tentang bahasa itu sendiri.

Secara umumnya bahasa berfungsi untuk meransang pendengaran. Halliday (1973), melihat fungsi bahasa bagi kanak-kanak yang bari mula bertutur;

a. Fungsi instrumental-memenuhi beberapa material

b. Fungsi regulasi-mengendalikan dan mengarah orang lain

c. Fungsi interaksi-mengekalkan dan menghasilkan hubungan sosial.

d. Fungsi personal – melahirkan identiti dan personaliti individu.

e. Fungsi heuristik – menyiasat persekitaran pertuturan.

f. Fungsi imaginatif – untuk permainan dan khayalan.

g. Fungsi representasi – melahirkan penyataan, cadangan dan saranan.

Bahasa orang dewasa memenuhi lebih daripada tujuh fungsi tersebut. Fungsi bahasa bagi orang dewasa;

a. Ideasional – mengungkapkan kandungan.

b. Interpersonal – mengukuhkan dan mengekalkan hubungan sosial dan peranan sosial.

c. Tekstual – bahasa memperlengkapkan hubungan antara diri sendiri dengan situasi persekitaran bahasa itu digunakan.

Bahasa memainkan peranan dalam keagamaan. Setiap agama mempunyai bahasa untuk melengkapkan ajaran-ajaran agama kepada penuntutnya. Leech (1974), seorang lagi ilmuan telah mngemukakan beberapa fungsi bahasa yang agak berbeza;

a. Informasi – bentuk bahasa digunakan untuk menyampaikan maklumat.

b. Ekspresif – bahasa digunakan untuk melahirkan perasaan dan perwatakan penutur.

c. Direktif – bahasa bertujuan untuk mengarah atau mempengaruhi perlakuan atau perwatakan orang lain.

d. Estetik – bahasa bertujuan untuk menghasilkan sesuatu kesan artistik atau seni.

Keraf (1984) telah menghuraikan fungsi bahasa seperti berikut;

a. Alat untuk menyatakan ekspresi diri

Bahasa itu menyatakan secara terbuka segala sesuatu yang tersirat dalam diri manusia.

b. Alat untuk integrasi dan adaptasi sosial

Bahasa merupakan satu daripada unsur kebudayaan yang membolehkan manusia berkenalan dan bergaul dengan manusia lain.

c. Alat untuk mengadakan kawalan sosial

Bahasa dapat digunakan untuk mempengaruhi tingkah laku dan tindak tanduk orang lain.

FUNGSI BAHASA MELAYU

BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM lebih mementingkan penguasaan bahasa Melayu yang bermutu bersandarkan ketepatan tatabahasa, kecekapan berbahasa dan kepekaan terhadap variasi bahasa Melayu dalam pelbagai situasi, sistem bahasa dan gaya bahasa yang indah serta unsur dan nilai budaya yang tinggi.

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Perpaduan.

Bahasa Melayu telah digunakan dalam urusan-urusan rasmi seperti pentadbiran kerajaan, majlis-majlis rasmi kerajaan serta bahasa penghantaran di sekolah-sekolah.

Bahasa Mealayu berfungsi sebagai bahasa perhubungan rakyat

Bahasa Melayu memainkan peranan dalm mengembangkan ilmu dan pemikiran bangsa dalam segala bidang

Bahasa Melayu SEBAGAI BAHASA ILMU

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Komunikasi

04. Asal-Usul Bahasa Melayu

PETA 1 Pergerakan Masyarakat Melayu Kuno

Untuk mengetahui atau mengkaji sesuatu bahasa itu, kita perlu tahu asal–usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Secara umumnya, tempat asal lahirnya orang atau keturunan melayu masih lagi kabur tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern dari Belanda dan Robert Von Heine Geldern dari Austria, telah melakukan penyelidikan secara kasar tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.

Kelompok pertama nenek moyang orang melayu dikatakan datang dari Yunan, China. Mereka telah mengembara ke Nusantara sejak 2,500 SM dan menjadi penduduk asal Nusantara. Mereka ini dipanggil Melayu Proto atau Melayu Kuno. Mereka berpindah ke Asia Tenggara pada zaman Batu Baru, iaitu kira-kira tahun 2500 Sebelum Masihi. Keturunan mereka ialah orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera. Peradaban orang Melayu-Proto ini lebih maju sedikit daripada orang Negrito. Orang Melayu-Proto telah pandai membuat alat bercucuk tanam, membuat barang pecah belah, dan alat perhiasan. Kehidupan mereka berpindah-randah dan zaman mereka ini dinamai Zaman Neolitik. Penggunaan istilah Melayu boleh dikatakan sangat baharu dan timbul buat pertama kali dalam tulisan orang Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi.Terdapat tanda-tanda sejarah yang cuba membuktikan kehadiran perkataan Melayu. Antaranya ialah, catatan orang Cina yang mengatakan bahawa terdapat sebuah kerajaan Mo-lo-yeu yang mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar tahun 644 – 645 Masihi. Letaknya kerajaan orang Mo-le-yeu ini tidak dapat dipastikan, ada yang mengatakan kerajaan ini terletak di Semenanjung Tanah Melayu, di Jambi, dan sumatera. Selain itu ada yang mempercayai bahawa kerajaan Mo-le-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera, iaitu daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu. Catatan orang Cina iaitu catatan rahib Buddha bernama I’tsing yang menggunakan perkataan mo-le-yeu terhadap dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675 Masihi. Dalam bahasa Jawa kuno juga, perkataan mlayu bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dikaitkan dengan orang-orang Indo-Melayu (Austronesia) yang bergerak dari Yunan.

Kemudian kira–kira tahun 1500 SM., kelompok kedua pula telah datang ke Nusantara dari Asia Tengah. Mereka dipanggil sebagai Melayu Deutro atau Melayu Moden. Perpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM.Mereka berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam dan menduduki kawasan-kawasan dan tanah-tanah lembah di Asia Tenggara. Melayu-Deutro telah mengenalkan kebudayaan logam. Mereka telah menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi. Mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh Kepulauan Melayu ini. Berlainan dengan Melayu-Proto, Melayu-Deutro ini hidup secara berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat. Mereka yang tinggal di tepi pantai hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran sungai dan lembah yang subur. Hidup mereka sebagai petani dan berburu binatang. Orang Melayu-Deutro ini telah pandai bermasyarakat. Mereka biasanya memilih seorang ketua yang tugasnya sebagai ketua pemerintahan dan sekaligus ketua agama. Agama yang mereka anuti ketika itu ialah animism. Mereka telah menduduki daerah–daerah subur di pinggir pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan hutan dan pedalaman.

05. Pengertian Bahasa Melayu

Dalam buku Susur Galur Bahaa Melayu, Asmah Hj. Omar (1985) menyatakan istilah Melayu digunakan dalam pengertian yang luas dan sempit. Istilah ini merujuk kepada bangsa yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan tradisional yang disebut gugusan Pulau Melayu termasuklah Indonesia. Bermula daripada pegertian inilah kita dapati bahawa sesudah Perang Dunia Kedua, timbul hasrat dalam kalangan pejuang Melayu untuk menubuhkan sebuah Negara yang mencantum Tanah Melayu dengan Indonesia untuk menjadi sebuah negara yang bernama Melayu Raya. Walaubagaimanapun, percantuman ini tidak berlaku sehingga hari ini.

Pengertian yang lebih luas, UNESCO pada tahun 1972 menggunakan nama Melayu untuk merujuk suku kaum bangsa Semenanjung, termasuk orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagascar. Konsep bahasa Melayu yang digunakan oleh UNESCO ini sama dengan konsep Indonesia yang digunakan dalam pengelompokan bahasa Austronesia. UNESCO melancarkan The Oceanic Culture Study Project di Austronesia lain di kawasan sebelah timur iaitu, Melanesia, Mikronesia, dan Polinesia. Dengan demikian, UNESCO membahagikan kawasan Austronesia kepada kawasan Kepulauan Melayu dan Oceania.

Seterusnya beliau menyebut bahawa istilah Melayu yang lebih umum adalah merujuk kepada suku bangsa yang menuturkan bahasa Melayu. Kelompok ini mendiami Semwnanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera, Brunie dan beberapa buah kawasan yang berhampiran. Bahasa suku bangsa ini ialah bahasa Melayu yang diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan di negara Malaysia dan dikenali sebagai bahasa Indonesia di negara Indonesia.

Di Malaysia, pengertian bahasa Melayu mempunyai implikasi keagamaan yang dikaitkan dengan agama Islam. Dalam Pelembagaan Malaysia, Melayu dicatatkan sebagai orang yang bertutur dalam bahasa Melayu, menganut agama Islam dan mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu.

I. Bahasa-bahasa Austronesia

Bahasa Austronesia tergolong dalam bahasa Austris Iaitu dari Taiwan dan Hawaii di hujung utara hingga ke New Zealand, di hujung selatan, dan dari Madagascar jauh di barat hingga ke Pulau Easter di hujung timur. Sebagai Contoh, bahasa Ma’anyan iaitu bahasa kaum Dayak yang dituturkan di wilayah Borneo mempunyai hibungan kekeluargaan dengan bahasa Malagasi yang ditutur di Madagascar. Selain itu, penutur awal bahasa Austronesia proto atau purba berasal dari wilayah China sekitar 4000 tahun lalu.Para sejarawan juga, mengelompokkan serta menjelaskan cabang bahasa Austronesia kepada empat bentuk keluarga asas seperti, yang pertama ialah bahasa –bahasa di Kepulauan Melayu dan Nusantara. Kedua, bahasa-bahasa Polinesia seperti bahasa Hawaii, Tonga dan Maori. Ketiga, bahasa-bahasa Melanesia seperti bahasa-bahasa di kepulauan Fiji, New Caledoniadan Irian dan yang keempat ialah bahasa-bahasa Mikonesia seperti bahasa-bahasa di kepulauan Marianna, Marshall, Carolina, dan Gilbert. Rajah di bawah merujuk kepada empat rumpun austronesia.

Rumpun Austronesia

Keluarga Mikronesia

Keluarga Malenesia

Keluarga Polinesia

Keluarga Nusantara


RAJAH 1 Rumpun Bahasa Austonesia (rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

Pembahagian sesuatu bahasa kepada keluarga bahasa tertentu adalah dengan melihat ciri–ciri persamaan dan perbezaan yang terdapat pada bahasa tersebut. Bahasa Melayu-Polinesia Tengah-Timur meliputi bahasa-bahasa Hawaii, Maori, Samoa, Kirbati, Nauru, Tahiti, Tonga dan Tuvalu.

Di samping itu, bahasa Austronesia ialah keluarga bahasa dunia yang utama. Oleh sebab bahasa ini merupakan kumpulan bahasa yang besar dan mempunyai rangkaian subkeluarga yang banyak juga, maka para sejarawan telah mengelompokkan dan menjelaskan bahasa ini kepada beberapa bentuk. Ada yang mengelompokkan bahasa Austronesia kepada empat keluarga asas. Bahasa Melayu yang kita tuturkan pada hari ini tergolong dalam cabang bahasa Nusantara. Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Melayu Polinesia di bawah rumpun bahasa Austronesia. Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu diperkirakan mencapai lebih kurang 250 juta jiwa yang merupakan bahasa keempat dalam urutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia.

II. Keluarga Bahasa Austronesia

Terdapat berbagai-bagai pendapat tentang bahasa Austronesia,ada ahli yang mengatakan bahasa Austronesia berasal daripada rumpun bahasa yang sama dengan bahasa Austroasia iaitu rumpun Austris. Mereka berpendapat bahawa semua bahasa yang terdapat di selatan China berkeluarga dengan bahasa Austronesia, Austorasia, Hmong-Mien dan Tai-Kadai. Penutur-penutur ini dikatakan tersebar di wilayah yang dinamakan Republik Rakyat China antara tahun 2000-1000 Sebelum Masihi. Pada masa yang sama,suku bangsa Han, iaitu penutur bahasa Sino-Tibet dikatakan menyerbu ke wilayah selatan dan menyebabkan implikasi penyebaran bahasa Austris ke kaeasan-kawasan lain. Salain itu juga, dijadikan alasan sebab penutur bahasa Austronesia terpaksa berhijrah je Taiwan, Kepulauan Asia Tenggara, Kepulauan Pasifik, dan lain-lain penempatan.

Rumpun Austris

Rumpun Tai-Kadai

Rumpun Hmong-Mien

Rumpun Austoasia

Rumpun Austronesia


RAJAH 2 Rumpun Bahasa Austris (rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

III. Bahasa Melayu-Polinesia

Bahasa-bahasa Melayu-Polynesia ialah satu subkumpulan bahasa Austronesia yang dituturkan oleh lebih kurang 351 juta penutur yang tersebar luas di negara-negara pulau Asia Tenggara dan Lautan Pasifik, dengan bilangan yang lebih kecil di Asia benua. Bahasa Malagasy dalam subkumpulan ini dituturkan di Madagascar, dan di Lautan Hindi,yang merupakan satu kawasan yang paling terpencil dari segi geografi.

Ciri bahasa-bahasa Melayu-Polinesia ialah kecenderungan untuk menggunakan ulangan iaitu pengulangan sebahagian atau seluruh perkataan untuk menyatakan kata jamak. Ia juga, mempunyai fonologi yang mudah. Oleh itu, sebuah teks hanya terdiri daripada beberapa bunyi tetapi bunyi-bunyi itu kerap diulangi. Kebanyakan bahasa Melayu-Polinesia juga tidak mempunyai banyak vokal pertuturan (biasanya lima), serta tidak mempunyai gugus konsonan. Ia juga merupakan pengaruh daripada bahasa-bahasa Arab, Sanskrit, dan Indo-Eropah. Bahasa –bahasa ini juga mempunyai fonem-fonem yang sama dengan bahasa Sanskrit, bahasa Jawa, dan Madura. Selain itu, bahasa ini juga banyak menggunakan bentuk-bentuk ulangan, sama ada pengulangan sebahagian atau seluruh perkataan. Ia disebut sebagai penggunaan kata jamak dan sama dengan Austronesia yang lain. Bahasa Melayu-Polinesia Nukleus terdiri daripada dua subkumpulan, iaitu Sunda-Sulawesi danTengah-Timur. Ia ditutur oleh kira-kira 230 juta orang. Bahasa Melayu-Polinesia Tengah-Timur pula meliputi bahasa-bahasa Hawaii, Maori, Samoa, Kirbati, Nauru, Tahiti, Tonga, dan Tuvalu.

RAJAH 3 Bahasa yang terdapat di Nusantara (rujukan: http://tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm)


Perkembangan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu ialah subkeluarga bahasa Melayu–Polinesia yang berada di bawah rumpun yang lebih besar, iaitu rumpun Austronesia. Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu sejak lebih 1000 tahun yang lalu. Rekod awal yang menunjukkan kewujudan bahasa Melayu kuno adalah pada batu bersurat bertarikh 683 masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan. Atas alasan inilah, terdapat cendekiawan yang mengatakan bahawa bahasa Melayu berasal dari Sumatera Selatan. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia, Indonesia dan Brunei. Bahasa ini juga menjadi salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di negara Indonesia, bahasa Melayu disebut sebagai bahasa Indonesia, manakala di Malaysia, bahasa Melayu juga dikenali bahasa Malaysia.

Perkembangan bahasa Melayu dibahagikan kepada tiga tahap:

  • Bahasa Melayu Kuno,
  • Bahasa Melayu Klasik dan
  • Bahasa Melayu Moden.

1. Bahasa Melayu Kuno

Merupakan keluarga bahasa Nusantara

Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.

Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.

Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:

o Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.

o Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat

o Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

  • Pengaruh agama Hindu
  • Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
  • Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:

  • Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
  • Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
  • Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
  • Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:

  • Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
  • Susunan ayat bersifat Melayu
  • Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
  • bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
  • Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
  • Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
  • Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
  • Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

BAHASA MELAYU KUNO

BAHASA MELAYU MODEN

BAHASA MELAYU KLASIK

BAHASA MELAYU KUNO

Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

  • Pengaruh agama Hindu
  • Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
  • Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.


Menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:

  • Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
  • Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
  • Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.


Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:

  • Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
  • Susunan ayat bersifat Melayu
  • Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
  • bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
  • Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
  • Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
  • Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
  • Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:

  • Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
  • Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684M)
  • Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
  • Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)
  • Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

Tulisan Palava

Bukti penggunaan tulisan Palava terdapat pada yupa iaitu tiang batu persembahan atau prasasti di daerah Muara Kaman merupakan pertemuan sungai Mahakam dengan Kedang Kepala sekitar 125 kilometer. Yupa menggunakan aksara Palava dalam bahasa Sanskrit yang dijumpai oleh pekerja topografi Belanda pada tahun 1879.

Tulisan Rencong

Tulisan ini merupakan huruf Melayu tua yang banyak digunakan di Sumatera Selatan iaitu di Bangkahulu, hulu Palembang, dan Minangkabau. Tulisan rencong ada kaitan dengan huruf orang Kemboja pada zaman purba.

Tulisan Kawi

Tulisan Kawi merupakan tulisan Jawa Kuno yang wujud pada abad ke-8. Huruf-hurufnya berasal daripada huruf vangki (wenggi), iaitu huruf yang dibawa oleh orang-orang India dari Coromandel. Nyatalah bahawa orang-orang Melayu Kuno menggunakan berbagaiu-bagai tulisan dalam menguruskan kehidupan seharian. Mereka menulisnya diatas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam, dan pada batu bersurat.

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.

Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.

Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)

  • ditulis dalam huruf India
  • mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
  • bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)

  • masih memakai abjad India
  • buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)

  • ditulis dalam tulisan Jawi
  • membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)

  • ditulis dalam huruf India
  • mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit.
  • bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

Pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.

mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.

Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)

  • masih memakai abjad India
  • buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

tiga batu bersurat yang penting:

Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)

  • ditulis dalam tulisan Jawi
  • membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

2. Bahasa Melayu Klasik

BAHASA MELAYU KLASIK

Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

  • Zaman kerajaan Melaka
  • Zaman kerajaan Acheh
  • Zaman kerajaan Johor-Riau

Ciri-ciri bahasa melayu klasik:

  • ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
  • banyak ayat pasif
  • menggunakan bahasa istana
  • kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
  • banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
  • ayat songsang
  • banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

Tokoh-tokoh penulis yang penting ialah:

  • Hamzah Fansuri
  • Syamsuddin al-Sumaterani,
  • Syeikh Nuruddin al-Raniri
  • Abdul Rauf al-Singkel.

Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

  • Zaman kerajaan Melaka
  • Zaman kerajaab Acheh
  • Zaman kerajaan Johor-Riau

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Ciri-ciri bahasa klasik:

  • ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
  • banyak ayat pasif
  • menggunakan bahasa istana
  • kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
  • banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
  • ayat songsang
  • banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

Bahan Bukti Bahasa Melayu Klasik

Bahan bukti tentang bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk surat dan karya-karya kesusasteraan. Bahan bukti yang paling ialah dua pucuk surat Sultan Ternate kepada Raja Portugal. Surat Sultan Ternate in merupakan teks tertulis di atas kertas yang paling tua dijumpai. Kedua–dua pucuk surat ini menggunakan tulisan jawi. Surat yang bertarikh 1521 dan 1522 ini telah dikirimkan kepada oleh Sultan Abu Hayat kepada John iii. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, sebuah karya telah dihasilkan, iaitu Sejarah Melayu atau Salatus Saladin. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam “Sejarah Melayu” oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu.

Pengaruh Bahasa Jawa

Terdapat dua faktor utama iaitu penyebaran bahasa Jawa ke dalam bahasa Melayu Klasik iaitu, tersebarnya cerita-cerita panji di alam Melayu dan keinginan masyarakat untuk bersosialisasi dengan negara luar. Contoh perkataan Jawa yang digunakan adalah andong, maksunya kereta kuda. Batok, maksudnya tempurung, berangasan maksudnya mudah naik marah dan banyak lagi. Bahasa Jawa juga, mempunyai pelbagai loghat mengikut kelas sosial antaranya ialah, loghat Banten, loghat Tegal, loghat Kedu, loghat Blora, loghat Madiun dan loghat Madang.

Aksara Jawa yang ditulis dalam bahasa Melayu Klasik

Aksara yang digunakan untuk menulis bahasa Jawa pada zaman bahasa Melayu Klasik dinamakan Hanacaraka atau Carakan. Aksara ini mengambil ciri-ciri aksara Palava. Huruf-huruf dasar yang terdapat dalam Hanacaraka atau Carakan disenaraikan seperti berikut;

RAJAH 4 Huruf-huruf yang terdapat dalam Harcaraka(rujukan: http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/0/07/pasangan_angsara_jawa)

Apbila diucapkan susunan aksara tersebut dapat membentuk kalimat:

· hana caraka-bermaksud terdapat pengawal

· data sawala-bermaksud berbeza pendapat

· padha jayanya-bermaksud sama hebat

· maga bathanga-bermaksud keduanya mati

menurut tafsiran raja Kesultanan Sukrata yang berbunyi berikut;

· ha-na-ca-ra-ka

Ada utusan, iaitu ‘utusan’ hidup berupa nafas yang mempunyai kewajipan untuk menyatukan jiwa dengan jasad manusia.

· da-ta-sa-wa-la

Manusia, setelah diciptaka apabila sampai saatnya untuk ‘dipanggil’, tidak boleh sesekali ‘mengelak.

· pa-dha-ja-ya-nya

menyatukan zat pemberi hidup (Khaliq) dengan yang diberti hidup (makhluk).

· ma-ga-ba-tha-nga

menerima segala yang diperintahkan dan yang dilarang oleh Tuhan Yang Maha Kuasa.

Huruf Pegon

Huruf Pegon adalah huruf Arab atau lebih tepat: Huruf Jawi yang dimodifikasi untuk menuliskan bahasa Jawa juga Bahasa Sunda. Kata Pegon konon berasal dari bahasa Jawa pégo yang berarti menyimpang. Sebab bahasa Jawa yang ditulis dalam huruf Arab dianggap sesuatu yang tidak lazim.

Berbeda dengan huruf Jawi, yang ditulis gundul, pegon hampir selalu dibubuhi tanda vokal. Jika tidak, maka tidak disebut pegon lagi melainkan gundhul. Bahasa Jawa memiliki kosakata vokal (aksara swara) yang lebih banyak daripada bahasa Melayu sehingga vokal perlu ditulis untuk menghindari kerancuan.

Di bawah ini adalah daftar huruf-huruf pegon. Huruf-huruf yang tidak ada dalam huruf Arab yang sejati, diberi lingkaran.


RAJAH 5 Huruf-Huruf Pegon (rujukan: http://id.wikipedia.org/wiki/pegon)


RAJAH 6 Harkat(Jawa: Sandhangan) Huruf Pegon (rujukan: http://id.wikipedia.org/wiki/pegon)

Huruf pegon di Jawa terutama dipergunakan oleh kalangan umat Muslim yang taat, terutama di pesantren-pesantren.

Pengaruh Islam

Islam mula bertapak di Kepulauan Melayu sekitar abad ke-11 menerusi Sumatera, iaitu apabila pemerintah kerajaan Parsi memeluk agama Islam. Penyebaran awal Islam di Kepulauan Melayu dilakukan oleh pedagang-pedagang Arab, Cina, India, dan Parsi. Selepas itu, penyebaran agama Islam dilakukan oleh kerajaan Islam di Kepulauan Melayu itu sendiri melalui perkahwinan, perdagangan tempatan, dan penaklukan. Setelah kejatuhan Melaka, pusat penyeberan agam Islam berpindah ke Kesultanan Aceh di Sumatera. Antara kerajaan yang wujud pada zaman ini adalah, seperti Kesultanan Jambi, Kesultanan Langkat, yang berada di Sumatera.

3. Bahasa Melayu Moden

BAHASA MELAYU MODEN

Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.


Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah iaitu Hikayat Abdullah yang dihasilkan pada tahun 1849 dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden kerana sifatnya yang dikatakan agak menyimpang dengan bentuk bahasa Melayu klasik. Perkara penting pada pandangan Abdullah Munsyi ialah orang-orang Melayu harus mempelajari bahasanya sendiri untuk memperoleh kepandaian agar setaraf dengan bangsa lain yang mempelajari bahasa masing-masing. Kesedaran Abdullah ini boleh dianggap sebagai benih kesedaran bangsa Melayu terhadap betapa pentingnya mempelajari bahasa sendiri sebagai lambang maruah dan tamadun Melayu.

Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British mengubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyebut bahawa, "Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara iaitu bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan persekutuan, negeri, tempatan dan badan berkanun.
Laporan Razak 1956 pula mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dan menjadi alat utama perpaduan antara kaum.

PENGANTAR FONETIK DAN FONOLOGI

01. Takrif Fonetik dan Fonologi

Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut pertuturan, kalimat atau ujaran, iaitu satu sistem bunyi yang teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara berurutan dan berulang-ulang. Menurut Gumperz (1971), apa yang dituturkan itu ialah bahan percakapan yang merupakan buah fikiran atau idea atau huraian sesuatu situasi atau perlakuan sosial yang diceritakan. Apabila berbicara mengenai topik fonetik dan fonologi, sebenarnya perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan ilmu linguistik. Linguistik ialah satu bidang kajian tentang bahasa secara saintifik. Hal ini bermaksud kajian bahasa itu merupakan satu kajian yang sama seperti bidang kajian sains lain yang memerlukan syarat dan peraturan tertentu berdasarkan teori yang tertentu juga.

Seseorang itu berupaya untuk menginterpretasikan perkara yang dituturkan oleh orang lain dengan membaca pergerakan bibir penutur. Dengan menggunakan teori dan cara dalam linguistik itu, seseorang ahli bahasa dapat menghuraikan dan menganalisis sesuatu bahasa secara objektif tanpa dipengaruhi oleh sebarang keraguan, menurut kepercayaan mereka. Seorang ahli bahasa ialah seorang pemerhati yang berkemahiran untuk menghuraikan dan menganalisis bahasa secara objektif dan tidak hanya sebagai seorang yang melibatkan diri secara pasif. Dia tidak mungkin boleh menuturkan bahasa yang dikajinya itu, tetapi berkemampuan menganalisa bahagian-bahagian bahasa. Walaupun aspek yang dikaji itu mungkin berbeza-beza, pengkajian yang dilaksanakannya tetap bersifat objektif sepanjang masa.

Unit tatabahasa yang paling asas ialah morfem, manakala unit bahasa tulisan yang paling asas ialah grafem dan unit bunyi bahasa yang paling asas ialah fonem. Semua ini merupakan istilah teknikal yang merujuk kepada ‘unit terkecil yang membezakan’. Dari segi teori, ia amat berguna kepada kita untuk menjelaskan sesuatu fenomena itu, tetapi secara praktikalnya kita tidak melafazkan bunyi-bunyi satu per satu. Yang berlaku dalam pertuturan ialah bunyi keluar secara cepat dan berlanjutan.

I. Takrif Fonetik

Asal perkataan fonetik berasal daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang membawa erti bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi- bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberi tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Kajian fonetik lebih tertumpu pada bunyi-bunyi bahasa itu sendiri daripada melihat konteks bunyi-bunyi itu digunakan dalam sesuatu bahasa. Fonetik merupakan bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan
manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut.

Fonetik menyelidik bagaimana bunyi-bunyi bahasa direalisasikan atau dilafazkan dan turut melihat bagaimana organ-organ pertuturan manusia bekerja untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa tersebut.

Bidang fonetik melihat dari segi fizikal sesuatu bunyi bahasa itu dihasilkan. Fonetik juga merupakan sebahagian daripada ilmu linguistik yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang-lambang yang menunjukkan sebutannya. Rajah di bawah memperlihatkan kedudukan fonetik dalam hubungannya dengan bidang linguistik yang lain.

Berikut adalah kedudukan fonetik dalam tatatingkat linguistik :

Pragmatik


Wacana

Sintaksis

Morfologi

Fonetik

Fonologi


RAJAH 7 Kedudukan Fonetik dalam Tatatingkat Linguistik(rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

II. Takrif Fonologi

Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa. Bahasa itu sendiri merupakan satu bidang yang sangat luas dan mempunyai pelbagai teori bahasa. Bidang ini memerlukan pengetahuan khusus tentang aspek-aspek yang meliputinya seperti fonologi, morfologi dan sintaksis. Bidang fonologi ini tertumpu dan berhubung kepada anatomi dan fisiologi yang berkaitan dengan organ-organ ujaran dan bagaimana manusia menggunakan organ-organ tersebut.

Bidang sosiolinguistik yang berhubung tingkah laku sosial dan kaitannya dengan ciri-ciri bunyi yang digunakan untuk berhubung atau berkomunikasi dalam masyarakat. Bidang kajian fonologi juga termasuklah cara standard untuk merakamkan suara dan kemudiannya menggambarkannya semula menggunakan simbol-simbol khusus.

Selain itu, terdapat beberapa pengertian fonologi adalah seperti berikut:

a. Fonologi ialah kajian tentang sistem bahasa yang berkaitan senarai bunyi bahasa dan ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskan cara bunyi-bunyi tersebut berbanding antara satu sama lain.

b. Fonologi mengkaji bunyi bahasa pada aras yang lebih tinggi daripada fonetik, iaitu struktur bunyi bahasa yang diujarkan. Walaubagaimanapun, kajian fonologi sering didahului oleh fonetik kerana bidang fonetik membekalkan maklumat yang diperlukannya untuk dianalisis, iaitu lambang-lambang huruf vokal dan konsonan.

c. Fonologi mengkaji bentuk-bentuk bunyi yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Fonologi turut melihat kaedah bunyi-bunyi bahasa dihasilkan dan dideskripsikan serta mendapatkan satu cara yang tepat untuk menyebut sesuatu bunyi bahasa.

02. Perbezaan Antara Fonetik dan Fonologi

Antara persamaan fonetik dan fonologi ini adalah kedua-duanya merupakan salah satu aspek penting dalam bahasa yang mengkhusus kepada kajian tentang bunyi bahasa. Walaubagaimanapun terdapat perbezaan antara fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia seluruhnya. Manakala, fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa. Kedua ialah, bidang fonetik menjadi asas kepada kajian fonologi, manakala fonologi menjadi input kepada kepada kajian linguistik pada aras yang lebih tinggi, iaitu morfologi dan sintaksis.

Di samping itu, tugas bidang fonologi ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci dengan tujuan untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik. Fonetik pula, iaitu tidak mungkin dapat merangkumipemerian seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia, menghalusi segala variasi bunyi tersebut dan menghuraikan sistem bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh manusia dengan sempurna. Terdapat imbuhan fon pada perkataan fonetik dan fonologi adalah berkaitan bunyi seperti pada perkataan telefon, mikrofon, gramofon, zilofon.

· Mikrofon – bermaksud bunyi yang kecil kerana dihantar sebagai input kepada alat pembesar suara yang menukarnya kepada bunyi yang lebih besar.

· Gramofon – merujuk kepada alat permainan piring hitam.

· Zilofon – bermakna bunyi kayu yang merupakan instrumen muzik yang membolehkan nota muzik dihasilkan melalui gema pada kayu.

Ahli linguistik yang menyedari kepentingan bahasa telah mencuba menghasilkan satu set simbol yang komprehensif yang dapat menggambarkan cirri-ciri bunyi bahasa seperti vokal, glottal, dan ciri-ciri bukan segmental atau suprasegmental seperti tekanan.

RAJAH 8 Huruf Fonetik Antarabangsa

03. Bidang-bidang Fonetik

Ahli-ahli bahasa telah membahagikan bidang fonetik kepada tiga cabang utama, iaitu:

a. Fonetik artikulasi

Bidang ini mengkaji cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh manusia (bunyi vokal dan konsonan) dengan menggunakan alat tutur, misalnya kedudukan dan pergerakan bibir, lidah, laluan udara dan sebagainya. Selain itu, ia juga merupakan kajian bunyi atau sebutan. Apabila kita membuat deskripsi bunyi dari segi penyebutan atau artikulasi, kita mendeskripsi bunyi-bunyi sebagai sengau, letupan, dan geseran. Kajian fonetik ini juga menggunakan alat seperti palatogram, laringgoskopi, dan letromiografi. Alat-alat ini digunakan bagi menentukan sifat atau mengukur bunyi bahasa yang diujarkan dalam makmal.

b. Fonetik akustik

Bidang ini mengkaji gelombang bunyi dan cara gelombang tersebut mencapai pendengaran manusia, misalnya bunyi yang kuat, frekuensi dan jarak bunyi. Fonetik akustik ini, dikaji dengan menganalisis bunyi yang dirakam dengan alat-alat yang persis. Melalui alat-alat yang sensitif bunyi dapat dianalisis dari segi sifatnya.

c. Fonetik auditori

Bagi memberikan gambaran yang lebih jelas tentang bidang fonetik ini, berikut diperlihatkan contoh analisis bagi huruf konsonan ‘s’ dengan mengaplikasikan ketiga-tiga analisis fonetik tersebut.

Bagi memberikan gambaran yang lebih jelas tentang bidang fonetik, berikut diperlihatkan contoh analisis bagi huruf konsonan ‘s’ dengan mengaplikasikan ketiga-tiga analisis fonetik tersebut:

I. Fonetik artikulasi - lambang fonetik bagi huruf tersebut ialah [s], iaitu bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara.

II. Fonetik akustik - frekuensi bagi bunyi tersebut sekitar 8000–11000 Hz (diukur menggunakan alat khas) dan hampir menyamari bunyi ‘desis’ yang terdapat pada ular dan binatang lain.

III. Fonetik auditori - merupakan bunyi ‘desis’ yang bising dan boleh didengar dengan kuat oleh telinga.

04. Alat-alat Artikulasi

Organ Pertuturan Manusia

Alat artikulasi ialah alat atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa, iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi. Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Alat artikulasi terbahagi kepada dua, iaitu:

I. Alat yang boleh digerak-gerakkan dengan bebas dan boleh diletakkan pada beberapa kedudukan di dalam mulut.

II. Daerah pengeluaran ialah tempat yang tetap dan terletak di bahagian sebelah atas pengeluar itu. Tempat itu boleh dicapai oleh alat-alat pengeluar itu.

Seperti yang dijelaskan alat artikulasi manusia memainkan peranan dan merupakan organ yang berfungsi semasa mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Alat artikulasi manusia adalah seperti yang berikut:

RAJAH 9 Organ Pengeluaran Bunyi Bahasa

Alat Artikulasi

Seperti yang telah dijelaskan, alat artikulasi merupakan organ yang berfungsi dan memainkan peranan semasa mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.

RAJAH 10 Kedudukan Alat-alat Artikulasi

Alat-alat artikulasi yang terdapat pada menusia serta fungsinya dapat dijelaskan dan dihuraikan seperti berikut;

I. Anak Tekat

Anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut. Anak tekak bersambung dengan lelangit lembut dan merupakan daging yang tergantung dari lelangit lembut itu. Anak tekak berfungsi sebagai alat pertuturan dan khusus dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dihasilkan itu bunyi sengau atua tidak bersama-sama dengan lelangit lembut.

II. Lidah

Lidah merupakan alat artikulasi yang paling penting dan paling aktif dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Justeru itu, lidah dinamakan artikulasi utama kerana sangat aktif dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada lima bahagian antaranya ialah:

a) Hujung lidah

b) Tengah lidah

c) Hadapan lidah

d) Belakang lidah

e) Daun lidah

Bahagian-bahagian lidah ini boleh digerak-gerakkan sama ada diangkat, dinaikkan atau diturunkan untuk membuat penyekatan tehadap udara yang keluar melalui rongga mulut. Bahagian hadapan, tengah dan belakang lidah amat penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, yakni vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah pula merupakan bahagian lidah yang paling aktif dan boleh digerak-gerakkan ke mana-mana bahagian di dalam mulut untuk menyekat perjalanan udara. Ahli sains mengesan kawasan yang berbeza bagi kedudukan lidah dan bergantung pada bunyi-bunyi tertentu yang dihasilkan.

Bahagian Lidah

RAJAH 11 Bahagian Lidah(rujukan:Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

§ belakang lidah – bertentangan dengan lelangit lembut.

§ tengah lidah – bertentangan antara pertemuan lelangit keras dengan lelangit lembut.

§ hadapan lidah – bertentangan dengan lelangit keras.

§ daun lidah – sepanjang garisan yang menghadapi gusi.

§ hujung lidah – bahagian yang paling akhir.

Tiga bahagian yang awal, iaitu belakang, tengah dan hadapan lidah dikenali sebagai dorsum dalam bahasa Latin dan bererti ‘tulang belakang’ kepada pertuturan manusia.

III. Pita Suara

Pita suara terletak di dalam ruang tenggorok dan amat penting dalam menghasilkan bunyi bahasa. Jika seseorang mengalami kerosakan pita suara, maka dia akan mengalami ganguan suara, manakala orang yang tidak mempunyai pita suara akan menjadi bisu.

Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Di antara kedua-dua selaput ini terdapat ruang yang dikenali sebagai glotis. Apabila, selaput ini dirapatkan maka glotis akan menjadi sempit atau tertutup, sementara apabila selaput itu direnggangkan, glotis akan menjadi luas.

Pita suara memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi dihasilkan itu bersuara ataupun tidak bersuara. Apabila selaput suara disempitkan tetapi tidak terlalu rapat, udara yang keluar dari paru-paru melaluinya akan bergetar dan menghasilkan bunyi bersuara. Sebaliknya, jika selaput suara itu direnggangkan dan glotis terbuka tetapi tidak terlalu luas, udara dari paru-paru yang keluar melaluinya tidak bergetar dan bunyi itu disebut bunyi tidak bersuara.

RAJAH 12 Gambaran Pita Suara(rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

IV. Rahang

Rahang tidak memainkan peranan yang terlalu penting semasa mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Walau bagaimanapun, kedudukannya adalah penting dalam pembunyian vokal. Misalnya, semasa membunyikan vokal [ i ] dan vokal [u] keadaan bukaan dua rahang atas dengan bawah adalah sempit. Sebaliknya, semasa membunyikan vokal [ a ] dan [ Ə ] keadaan rahang akan terbuka luas.

V. Rongga

Rongga turut berperanan dalam menentukan penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Rongga merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat laluan undara yang keluar dari paru-paru. Rongga terbahagi kepada tiga iaitu rongga tekak, rongga mulut dan rongga hidung.

RAJAH 13 Kedudukan Rongga (rujukan: Siti Hajar Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

VI. Bibir

Bibir merupakan alat artikulasi yang terletak di bahagian luar rongga mulut yang berfungsi untuk menyekat perjalanan udara. Bibir terdiri daripada otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan. Misalnya apabila menyebut bunyi [ i ], keadaaan bibir adalah hampar. Sebaliknya, apabila menyebut bunyi [ u ], kedudukan bibir menjadi bundar. Selain itu, bibir juga berperanan untuk membuat sekatan kepada udara yang keluar melalui rongga mulut. Sebagai contoh, apabila menyebut bunyi [ m ], aliran udara akan disekat di bibir.

RAJAH 14 Keadaan Bibir(rujukan: Siti Hajar Aziz. (Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

VII. Gigi

Gigi turut berperanan dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa, tetapi peranannya tidaklah aktif. Gigi terbahagi kepada dua, iaitu gigi atas dan gigi bawah. Bahagian ini tidak boleh digerak-gerakkan dan fungsinya adalah untuk menahan udara daripada terus keluar dengan bebas melalui rongga mulut. Dalam penyebutan [ č ] dan [ ǰ ] gigi turut berperanan sebagai daerah penyebutan.

VIII. Gusi

Gusi atau alveolar ialah alat pertuturan yang letaknya antara gigi dengan lelangit keras. Keadaannya cembung dan berfungsi sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah penyebutan dan tidak boleh digerak-gerakkan. Gusi berperanan dalam pengeluaran bunyi-bunyi bahasa dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi untuk membuat penyekatan, misalnya ketika mengujarkan bunyi [ t ] dan [ d ].

IX. Lelangit

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu, lelangit keras (palatal/palatum) dan lenlangit lembut (velar/velum). Lelangit keras terletak antara gusi lelangit lembut. Lelangit keras merupakan tulang yang berbentuk cembung pada bahagian atas mulut. Lelangit keras berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Lelengit lembut boleh diturunkan dan dinaikkan. Alat ini amat penting dalam menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu bunyi oral atau bunyi nasal. Apabila lelangit lembut diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara akan keluar melalui rongga hidung. Keadaaan ini menyebabkan bunyi sengau terhasil, misalnya bunyi [ n ] dan [ m ]. Sebaliknya apabila lelangit lembut dinaikkan. Rongga hidung akan tertutup dan udara dipaksa keluar dari mulut. Hal ini akan menyebabkan terhasilnya bunyi-bunyi letupan dan gesera, misalnya bunyi [ b ] dan [ h ].

05. Bunyi-bunyi Bahasa

Lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Lelengit lembut boleh diturunkan dan dinaikkan. Alat ini amat penting dalam menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu bunyi oral atau bunyi nasal. Apabila lelangit lembut diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara akan keluar melalui rongga hidung. Keadaaan ini menyebabkan bunyi sengau terhasil, misalnya bunyi [ n ] dan [ m ]. Sebaliknya apabila lelangit lembut dinaikkan. Rongga hidung akan tertutup dan udara dipaksa keluar dari mulut. Hal ini akan menyebabkan terhasilnya bunyi-bunyi letupan dan gesera, misalnya bunyi [ b ] dan [ h ].

1. Bunyi Vokal

Vokal merupakan bunyi bersuara iaitu ketika dihasilkan udara dari paru-

paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan. Vokalperti di bawah boleh dibahagiakan kepada tiga bahagian iaitu:

Vokal hadapan

Vokal tengah

Vokal belakang

Kedudukan vokal ditunjukkan seperti rajah di bawah

RAJAH 15 Kedudukan Vokal Bahasa Melayu(rujukan: http://www.scribd.com)

Berdasarkan kepada gambar rajah di atas dapat digambarkan kedudukan
lidah mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri terdiri
daripada bahagian hadapan lidah, bahagian sebelah kanan merupakan
bahagian belakang lidah manakala bahagian tengah merupakan bahagian
tengah lidah.

Jelas bahawa lidah merupakan alat artikulasi yang berfungsi dalam
penghasilan bunyi-bunyi vokal dan dalam pembahagian bunyi-bunyi vokal.
Kedudukan tinggi dan rendah lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi
vokal ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah:

RAJAH 16 Kedudukan Lidah Semasa Membunyikan Vokal(rujukan: http://www.scribd.com)

Berdasarkan gambar rajah di atas jelaslah bahawa lidah berfungsi dalam
pembahagian jenis-jenis bunyi vokal. Selain itu, kedudukan lidah
mempunyai hubungan dengan bunyi vokal yang akan dibunyikan.

Selain itu, bibir juga memainkan peranan yang tersendiri dalam
penghasilan bunyi vokal. Menurut Adul Hamid Mahmood (1996) keadaan
bibir boleh berbentuk seperti berikut:

· Hampar

· Separuh hampar

· Bundar

· Separuh bundar akan menghasilkan vokal hampar, separuh hampar atau bundar dan separuh bundar.

Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir semasa

menghasilkan jenis-jenis vokal adalah seperti berikut:

RAJAH 15 Keadaan Bibir Dalam Penghasilan Vokal(rujukan: http://www.scribd.com)

RAJAH 16 Vokal depan sempit [i](rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

RAJAH 17 Vokal depan separuh sempit [e] (rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

RAJAH 18 Vokal depan separuh luas / lapang [Є] (rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

RAJAH 19 Vokal depan luas / lapang(rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

RAJAH 20 Vokal belakang sempit [u] (rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

RAJAH 21 Vokal belakang separuh sempit [o] (rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

RAJAH 22 Vokal belakang separuh luas / lapang [∂](rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

RAJAH 23 Vokal tengah [ә](rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

2. Bunyi Konsonan

Konsonan atau secara tradisional dinamakan huruf mati ialah huruf-huruf selain vokal. Semasa menghasilkan bunyi konsonan, udara yang keluar dari paru-paru akan menerima sekatan, sempitan dan geseran, sama ada di bahagian rongga tekak, mulut atau hidung. Bunyi konsonan boleh mempengaruhi bunyi vokal dalam sebutan apabila menyebut konsonan sengau, bunyi vokal yang mengikutinya turut akan disengaukan. Proses ini dinamakan sengauan.

Konsonan terbahagi kepada dua, iaitu konsonan Melayu asli dan konsonan pinjaman seperti yang disenaraikan di bawah.

JADUAL1 Bunyi konsonan Melayu asli (rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

JADUAL 2 Bunyi konsonan Melayu pinjaman(rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

JADUAL 3 Carta konsonan Melayu asli(rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

Cara Membunyikan Konsonan Melayu Asli

Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b].

Cara membunyikannya :

JADUAL 4 Cara Membunyikan Konsonan Letupan Bibir [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b] (rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

Awal

Tengah

Akhir

Konsonan [p]

Palu[palu]

Lapik[lape?]

Atap[atap]

Konsonan [b]

Batek[bate?]

Rabun[rabun]

Adab[adab]

JADUAL 5 Contoh Perkataan (rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d]. Cara membunyikannya :

JADUAL 6 cara membunyikan Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d] (rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan lelangit bersuara [g]. Cara membunyikannya :

JADUAL 7 cara membunyikan Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan lelangit bersuara [g]( rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

RAJAH 24 Hentian glotis [?] Cara membunyikannya(rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara [ĭ], Cara membunyikannya :

JADUAL 8 Cara membunyikan Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara [ĭ] (rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

RAJAH 25 Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s] (rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

RAJAH 26 Konsonan getaran gusi bersuara [r] ] (rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

RAJAH 27 Konsonan sisian gusi bersuara [l] (rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

RAJAH 28 Konsonan sengau dua bibir bersuara [m] (rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

RAJAH 29 Konsonan sengau gusi bersuara [n] (rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

RAJAH 30 Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [מ] (rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

RAJAH 31 Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ת] (rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

RAJAH 32 Separuh vokal dua bibir bersuara [w] (rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

RAJAH 33 Separuh vokal lelangit keras bersuara [j] (rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

3. Bunyi Diftong

Bunyi diftong melibatkan dua deretan vokal yang hadir secara serentak.
Bunyi diftong adalah terhasil apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi
vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal di mana pada mula-
mulanya hadir tanpa menampakkan sebarang puncak kelantangan.
Keadaan di mana ketiadaan puncak kelantangan semasa proses
penghasilan bunyi diftong menjadikan bunyi tersebut sebagai satu suku
kata sahaja semata-mata.
Diftong hendaklah dibezakan daripada vokal rangkap, yakni yang
merupakan urutan dua vokal penuh yang mempunyai dua puncak
kelantangan dan mempunyai dua suku kata. Contoh vokal rangkap
terdapat pada katamain. Vokala dani pada kata tersebut ialah merupakan dua vokal penuh dan kata tersebut terdiri daripada dua suku kata, yaknima danin.
Terdapat tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu yakni / ai /, / oi / dan /au/.
Bunyi / i / akan menggeluncur ke bunyi / a / dan bunyi / i / tersebut akan
hilang puncak kelantangannya. Sama juga dengan / i / iaitu pada diftong /
oi / dan juga / u / pada diftong / au /. Lambang [ ˆ ] dapat digunakan untuk
menggambarkan sesuatu diftong.

RAJAH 34 kedudukan diftong dalam Bahasa

Melayu(rujukan: http://www.scribd.com)

RAJAH 35 cara membnyikan Diftong [ai] (rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

RAJAH 36 cara membunyikan Diftong [au] (rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

RAJAH 37 cara membunyikan Diftong [oi] (rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

Jenis-jenis diftong

Diftong naik

Diftong yang bunyi vokal keduanya disebut lebih nyaring, lebih panjang dan tekanan vokal kedua lebih daripada tekanan vokal pertama.

Diftong turun

Diftong yang bunyi vokal pertamanya disebut lebih nyaring, lebih panjang dan lebih tekannya daripada vokal kedua

06. Prosodi dan Suprasegmental

Dalam linguistik, prosodi menjelaskan segala perkara yang berkaitan bentuk bunyi bahasa yang dapat didengar di telinga, iaitu yang tidak dapat dijelaskan hanya dengan melihat simbol-simbol tulisan.

Prosodi berfokus pada ujaran, iaitu yang ada kaitannya dengan intonasi dan rima. Prosodi turut melihat perubahan pada kepanjangan suku kata, kelantangan ,nada dan beberapa perkara lain yang berhubung dengan struktur bunyi ujaran yang dilafazkan.

Di samping itu, dalam bahasa tulisan kita sering menggunakan tanda baca seperti tanda koma, titik bertindih, tanda soal dan sebagainya untuk menandakan sesuatu supaya pembaca peka terhadap perkara-perkara tertentu dalam teks yang dibacanya. Sebaliknya, dalam bahasa lisan kita menggunakan bunyi-bunyi tertentu pada kata, frasa, klausa dan ayat untuk mendapatkan perhatian pendengar. Bunyi-bunyi sedemikian bukanlah menandakan ciri- ciri ujaran seseorang individu, tetapi khusus digunakan dalam wacana lisan secara keseluruhannya. Ciri-ciri tersebut dinamakan suprasegmental atau ciri-ciri yang bukan segmental.

Ciri-ciri Prosodi

1. Tekanan dan kelantangan

Tekanan dalam ujaran digabungkan dengan ciri yang lain seperti perubahan dalam ton suara dan tempo. Tekanan merujuk kepada bunyi kata yang diucapkan lebih lantang daripada yang lain atau pengucapan kata yang dikuatkan. Tekanan merupakan satu cara untuk menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Tekanan dilakukan pada suku kata dan bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu. Tekanan bertujuan untuk menyedapkan percakapan atau bacaan untuk menandakan tempat atau aspek yang perlu diberikan perhatian.

2. Intonasi

Pelbagai intonasi yang berbeza menyatakan maksud tertentu kepada pendengar. Kontur intonasi, sama ada meninggikan atau menurunkan ton suara boleh memberikan perbezaan yang menandakan ujaran tersebut berbentuk pernyataan atau penyoalan. Dalam keadaan tertentu, ada penutur yang menggunakan intonasi berbentuk pernyataan dengan maksud sebenarnya adalah untuk membuat permintaan dan ada juga yang menggunakan intonasi pertanyaan tanpa bermaksud untuk bertanya.

3. Tempo

Kita bercakap lama atau sekejap, banyak atau kurang dengan kadar yang cepat untuk tujuan dan sebab yang berbeza-beza. Hal ini mungkin berlaku kerana kita berhadapan dengan situasi yang menghendaki kita melafazkan ujaran sedemikian. Tempo memberikan kesan kepada sesuatu makna untuk memberikan rangsangan dan mendapatkan perhatian.

4. Rima

Pola tekanan, tempo dan nada secara bersama akan menghasilkan rima. Secara formal, rima digunakan dalam bidang muzik dan puisi. Dalam puisi, rima merujuk kepada bunyi yang sama pada huruf akhir atau kata akhir sesuatu rangkap seperti syair. Semua ujaran mempunyai rima.

5. Mora

Mora atau panjang pendek ialah kadar sesuatu bunyi itu diucapkan. Konsepnya sama dengan harakat dalam bahasa Arab. Lambang yang digunakan untuk menandakan panjang pendek itu ilah [:] dan disebut mora. Lambang [::] bermaksud dua mora manakala [.] bermaksud setengah mora.

6. Jeda

Jeda disebut sebagai persendian. Unsur ini digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ujaran, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Lambang jeda ialah [#] dan apabila digunakan jeda boleh membawa makna yang berbeza. Lambang jeda yang digunakan bagi menunjukkan pemisahan antara suku kata atau perkataan ialah [+]. Dalam bahasa Melayu, lambang ini juga berfungsi bagi membezakan makna.

Intonasi

Intonasi merupakan keadaan turun naik bunyi atau tinggi rendah suara semasa bercakap dan kadangkala disebut nada suara. Justeru, intonasi merujuk kepada variasi nada apabila bertutur. Intonasi dan tekanan ialah dua elemen yang penting dalam prosodi linguistik.Intonasi berperanan dalam menentukan jenis-jenis ayat dalam bahasa Melayu. Berdasarkan jenis ayat yang diujarkan, ayat-ayat tersebut boleh berbentuk mendatar, menaik, menurun dan sebagainya. Antara intonasi yang digunakan dalam ujaran ialah:

I. Intonasi menaik - bermakna nada suara dinaikkan mengikut masa.

II. Intonasi menurun – bermakna nada suara diturunkan mengikut masa.

III. Intonasi puncak – bermakna nada suara daripada naik kepada turun.

IV. Intonasi ‘dipping’ – bermakna nada suara daripada turun kepada naik.

Tingkat nada dalam intonasi ditandai oleh angka 1,2,3 dan 4 yang membawa maksud yang berikut :

I. Angka 1 – menunjukkan nada yang paling rendah

II. Angka 2 – menunjukkan nada permulaan ujaran

III. Angka 3 – menunjukkan nada tekanan dalam ujaran

IV. Angka 4 – menunjukkan nada yang paling tinggi

07. Fonem Bahasa Melayu(Fonem Vokal Dan Konsonan)

Pada asasnya bahasa terdiri daripada beberapa unit. Unit yang paling besar ialah ayat dan unit yang paling kecil ialah fonem. Fonem merujuk kepada unit bahasa yang terkecil dan boleh dipenggal-penggalkan. Hal ini memenag bersesuaian dengan sifat fonem yang boleh diasing-asingkan antara satu sama lain. Misalnya, satu perkataan ( yang juga merupakan salah satu unit dalam bahasa), iaitu ‘padam’, boleh dipenggalakan kepada lima unit penggalan yang lebih kecil atau lima fonem yang berasingan, iaitu /p/ , /a/ , /d/ , /a/ dan /m/. Unit kecil ini tidak mempunyai makna jika diletakkan secara berasingan.

Maksud lain bagi fonem ialah unit unit penggalan bahasa yang terkecil yang boleh membawa perbezaan makna. Fonem juga boleh didefinisikan sebagai himpunan bunyi yang mempunyai sifat-sifat fonetik yang sama dan mempunyai lambang asas yang sama, yang berbeza hanyalah lambang-lambang diakritiknya. Tegasnya fonem ialah unit pada tingkat bunyi yang mampu membezakan makna sesuatu kata atau dikenali sebagai distingif.

I. Fonem vokal

Huruf ‘e’ digunakan untuk melambangkan dua fonem, iaitu :

i. fonem e pepet yang ditulis secara fonetik / Ə /

ii. fonem e taling yang ditulis secara fonetik /e /

Penutur bahasa Melayu biasanya berupaya untuk membezakan dua sebutan tersebut dan dapat menggunakannya dengan betul. Selain itu, /Ə/ juga sering digunakan bagi menggantikan bunyi vokal bagi perkataan yang berakhir dengan huruf /a/.

II. Fonem konsonan

Dalam bahasa Melayu, terdapat 18 fonem konsonan asli. Jadual yang berikut menunjukkan fonem konsonan asli Melayu dan contoh penggunaannya dalam perkataan.

JADUAL 9 Penyebaran fonem konsonan asli bahasa Melayu(rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)

III. Fonem pinjaman

Dalam bahasa Melayu, terdapat lapan konsonan pinjaman. Konsonan pinjaman ini berasal daripada bahasa Arab, bahasa Inggeris atau bahasa selain daripada bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, penggunaan konsonan pinjaman ini telah sebati dengan penutur bahasa Melayu sehingga konsonan ini telah diiktiraf sebagai huruf konsonan Melayu juga. Jadual dibawah ini menunjukkan konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu dan contoh penggunaannya dalam perkataan.

JADUAL 10 Penyebaran konsonan pinjaman bahasa Melayu(rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 1)


KESIMPULAN

Sejarah bahasa Melayu menceritakan mengenai asal-usul bahasa Melayu. Asal-usul bahasa adalah dari filum bahasa Austris. Filum bahasa Austris tepecah kepada dua rumpun bahasa yang besar, iaitu rumpun Austroasia dan rumpun Austronesia. Pemecahan bahasa Austronesia kepada rumpun yang lebih kecil berlaku kemudian. Namun para pengkaji berbeza pendapat dari segi pemecahannya.

Perbincangan mereka menunjukkan ada beberapa pendapat tentang salasilah dan punca bermulanya bahasa Melayu. Namun, perbezaannya hanya dari segi teknikal sahaja.

Bahasa Melayu yang palingawal disebut sebagai bahasa Melayu kuno yang wujud dalam kerajaan Sriwijaya dan Sailendra. Selepas itu wujud pula bahasa Melayu klasik dan diikuti bahasa Melayu moden.

Fonetik dan fonologi merupakan dua perkara yang berbeza. Fonetik berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang-lambang yang menunjukkan sebutannya, manakala fonologi mengkaji sistem bunyi bahasa pada aras yang lebih tinggi daripada fonetik, iaitu cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan dan dideskripsikan serta cara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain.

Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ tutur manusia secara langsung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi atau artikulator. Bunyi bahasa pula ialah kesan yang didengar oleh telinga. Proses penghasilan bunyi bahasa berlaku apabila udara dari paru-paru keluar melalui pita suara ke rongga tekak, kemudian terus keluar ke rongga hidung atau rongga mulut. Suprasegmental merupakan ciri atau sifat bunyi yang menindih atau menumpang kepada sesuatu fonem.

Bibliografi

Aziz, S. H. (2008). In S. P. Guru, Bahasa Melayu 1. Kuala Lumpur: Chee Leong Sdn. Bhd.

Harahap, D. (1990). In Peristiwa Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Dan Pustaka .

http://ms.wikipedia.org. (2005). Retrieved from http://ms.wikipedia.org/wiki/fail:IPA_chart_2005.png.

http://www.pdf-search-engine.com. (n.d.). Retrieved from http://www.pdf-search-engine.com/ciri-ciri-bahasa-melayu-pdf.html.

http://www.scribd.com. (n.d.). Retrieved from http://www.scribd.com/doc/17890847/ciri-ciri-bahasa.

Mahmood, D. A. (1993). In Ejaan Bahasa Melayu Terkini. Kajang, Selangor: Masa Enterprise.

http://bmstpm.blogspot.com/2008/11/sejarah-pekembangan-dan -asal-usul.html

Refleksi

Melalui kerja kursus ini saya dapat mempertingkatkan lagi penguasaan dan pengetahuan saya tentang bahasa Melayu. Saya dapat mengetahui mengenai asal-usul bahasa Melayu dan pemahaman berkaitan dengan fonetik dan fonologi bahasa Melayu.

Di samping itu, saya juga telah memperdalamkan teknik mencari, mengumpul dan memproses maklumat. Misalnya, kajian saya ini adalah berasaskan segala bahan rujukan yang tersenarai, melalui hasil dapatan dalam buku tersebut, saya telah mengolah kembali isi-isi yang terdapat dalam bahan rujukan yang berbeza untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan terpercaya.

Yang paling penting, saya mampu mengasahkan lagi pemahaman saya mengenai sejarah bahasa Melayu dan pengantar fonetik dan fonologi. Dalam pengantar fonetik dan fonologi, terdapat banyak pengetahuan yang baru saya telah pelajari.

No comments:

Post a Comment