BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Tuesday, November 9, 2010

DoRiYaKi

Bahan-bahannya:

3/4 cawan tepung gandum ( saya guna tepung kek )
1/4 cawan gula castor
1 sudu besar minyak sayuran ( saya guna minyak jagung )
2 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh baking soda

Bahan-bahan untuk inti saya gunakan:

1 tin kacang merah ditoskan airnya. Masukkan dalam pengisar dan dikisar hingga halus. Kalau susah hendak dikisar, tambah sedikit air. Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama gula pasir mengikut citarasa. Masak hingga pekat sambil dikacau perlahan.
*guna inti kaya pon boleh..inti coklat pon sedap..

Cara-caranya:

1. Pukul telur dan gula castor hingga kembang.
2. Masukkan madu, esen vanilla dan minyak jagung, pukul lagi hingga sebati.
3. Campurkan tepung dengan baking soda, gaul dan diayak bersama.
4. Masukkan tepung ke dalam adunan telur tadi dan kacau sebati. Tambah sedikit air jika adunan pekat.
5. Panaskan kuali non-stik. Masukkan adunan 1/4 cawan dan bentukkan bulat. Bila lapisan bawah telah masak terbalikkan .
6. Buat hingga habis kemudian ambil sekeping pancake tadi, bubuh inti kacang di tengahnya dan lapiskan dengan sekeping pancake lagi. Tekan supaya inti rata. Buat hingga habis.

SoToNg OrIeNtAl

Bahan:-
  • 500 gm sotong ~ bersihkan & potong kemudian dicelur sebentar & tos (akak skip langkah ni, terus masuk jek sotong nnt)
  • 1 tangkai daun kari
  • 5 ulas bwg merah ~ hiris
  • 3 ulas bwh putih ~ cincang
  • garam & gula secukup rasa
  • 1 biji cili hijau ~ hiris (MaDiHaA tambah)
Bahan Campuran Utk Pes:
  • 2 s/b pes tom yam
  • 2 s/k rempah kari ikan
  • 1 1/2 s/b sos tiram
  • 2 s/k sos ikan
  • 6 s/b air panas
Cara Menyediakan:-
  1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bawang merah, bawang putih dan tumis hingga kekuningan.
  2. Campurkan bahan2 pes tadi dan gaul rata & biar lebih kurang 3 minit.
  3. Masukkan sotong dan cili hijau, kacau rata.
  4. Masukkan garam (jika perlu) dan gula. Masak selama 5 minit.
  5. Tutup api dan sedia utk dihidangkan.

DaGiNg mAsAk DeNdEnG

bahan2 nye;
1/2 kilo daging batang pinang
1 labu bawang besar*
5 ulas bawang putih*
1" halia*
2cm belacan*
2 sudu kecil ketumbar*
1/2 cawan kacang tanah yg telah di sanggar, buang kulit dan tumbuk halus
2 batang serai - dititik
3/4 cawan cili kisar
1/2 cawan air rebusan daging
gula melaka secukupnye
air asam jawa
garam
minyak utk menggoreng daging ( tak perlu banyak) dan menumis

cara2:
  • daging basuh bersih. potong dlm sebesar kiub 2 inchi tiap satu gaul garam skit dan rebus biar empuk
  • goreng daging yg telah di rebus tadi...dgn menggunakan lesung tumbuk daging sampai sedikit pecah
  • tumbuk bahan2 bertanda *
  • panaskan minyak, tumis cili kisar till naik minyak
  • masukkan bahan2 kisar, serai..tumis till naik bau
  • masukkan daging, air rebusan, gula melaka , air asam jawa dan garam
  • biar daging sedikit pekat, masukkan kacang tanah tadi
  • kacau till kering n pecah minyak

IkAn SiAkAp MaSaK lApRiK

Bahan-bahan:-
  • 2 ekor ikan siakap ( dilumur dengan garam kunyit dan digoreng garing ikut suka )
  • 2 sudu besar cili kering dikisar
  • 5 biji cili api hijau ( kalau hendak pedas banyak pun boleh )*
  • 5 biji bawang putih *
  • 3 biji limau kasturi saiz besar diambil jusnya
  • 3 biji bawang merah dijadikan bawang goreng
  • setangkai daun bawang dihiris
  • setangkai daun sup dihiris
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit air
*ikan bawal n ikan tilapia pon bole...

Cara-cara menyediakannya:
  1. Tumbuk lumat bahan bertanda *.
  2. Tumis cili kering yang dikisar hingga terbit minyak diikuti bahan yang ditumbuk. Gaul mesra.
  3. Masukkan jus limau kasturi diikuti sedikit air untuk dijadikan kuah kalau suka tetapi saya lupa hendak memasukkan semasa masak jadi hasil masakan saya agak garing.
  4. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  5. Masukkan pula hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
  6. Akhir sekali masukkan ikan tilapia yang telah digoreng tadi. Lumurkan dengan bahan tumisan dan biarkan di atas api seketika.

IkAn BeRsOs ThAi

Bahan-Bahannya :-)
  • 1 ekor ikan bawal sederhana besar
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 kuntum bunga kantan, dihiris
  • 1 cm lengkuas, dititik
  • 1 cm halia, dititik
  • 3 biji bawang merah, dihiris
  • 2 helai daun limau purut, dihiris
  • 2 camca besar sos ikan
  • 1 1/2 camca besar cuka makan
  • 3 biji cili merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 1/2 camca besar gula*(*ditumbuk hingga lumat)
Cara membuatnya :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan perap dengan jus lemon dan garam 10 minit, cuci kembali dan toskan. Kelar2 ikan, lumur dengan kunyit serbuk dan sedikit garam. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan, alih ke dalam pinggan sesuai.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang hiris, lengkuas dan halia titik hingga harum.
  3. Masukkan bahan tumbuk lumat tadi.
  4. Tambah cuka dan sos ikan, gaul rata dan masukkan serai, hirisan daun limau purut dan hirisan bunga kantan.
  5. Masak hingga pekat dengan api perlahan. Dan tuang sos atas ikan tadi, hias dengan hirisan daun ketumbar dan hidangkan segera....yumm yumm..

Monday, November 8, 2010

aYaM mAdU bBq

Bahan-bahan ( sekeluarga ):-
  • 12 ketul kepak/peha ayam
  • 4 sudu makan madu
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 2 inci halia
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan cili boh (klu nk pedas blh tmbh lg)
  • 1 sb sos Hoisin (*ni akak tambah)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:-

  1. Kisar kering ketumbar, jintan manis & putih.
  2. Kisar/tumbuk halia, bwg merah & putih.
  3. Gaul semua bahan2 tadi ke dalam ayam. Sesuaikan rasa manis & masinnya.
  4. Perap semalaman @ sekurang2nya 2 jam supaya semua bahan2 td meresap masuk ke dalam isi ayam.
  5. Panggang/bakar seperti biasa. (*akak masukkan dlm oven dan bakar selama 20 minit api atas dan tambah lg 20 minit guna api atas n bawah - balik-balikkan ayam)
  6. Sedap makan begitu saja @ dengan nasi minyak, nasi putih dsbnya.

ReNdAnG tOk

Bahan-Bahan:
250 ml minyak masak
3 kuntum bunga lawang
50 gm serbuk jintan manis
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 camca teh serbuk kunyit
3 kg daging
500 ml santan
100 gm kerisik
Sedikit garam dan gula
Bahan-bahan dikisar:

5 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm lengkuas
10 tangkai cili kering
100 gm buah keras
Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, bunga lawang dan serbuk jintan manis. Biar hingga garing.

Masukkan cili kering. Biar hingga terbit minyak.

Kemudian, masukkan serai bersama buah keras, daun limau purut, daun kunyit dan serbuk kunyit. Biar ia sebentar.

Masukkan daging bersama santan. Biar hingga kuah mendidih, pekat dan daging lembut.

Akhir sekali, masukkan kerisik bersama garam dan gula. Kacau hingga sebati.